Wan Junaidi alu-alukan hasrat negeri ikut RUU larang tukar parti

July 30, 2022 · Politik

Hasrat beberapa negeri yang mahu meminda Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 turut dikuatkuasakan di negeri adalah langkah yang sihat bagi memperkukuhkan demokrasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyambut baik hasrat itu berkata pihaknya dimaklumkan empat negeri akan meminda Perlembagaan mereka iaitu Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, lapor Bernama.

Beliau berkata apabila rang undang-undang tersebut dikuatkuasakan kelak, ia tidak memaksa mana-mana negeri untuk mengikut tetapi mereka diberi kebebasan sama ada mahu mengikuti atau tidak.

“Kita di peringkat kerajaan Persekutuan tidak mengambil kuasa ini dari negeri.

“Pindaan telah dibuat kepada Jadual ke-8 Perlembagaan Persekutuan serta kemasukan Fasal 1 yang kuat kuasa peruntukan ini di peringkat negeri hanya boleh dibuat selepas mendapat perkenan Raja atau Yang Dipertua Negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Khamis lepas, RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan dengan memperoleh sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen.

Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun antara yang berkata kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, dikuat kuasa.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata beliau akan mengadakan sesi libat urus dengan semua negeri bagi menerangkan kebaikan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022.

“Sekiranya pihak kerajaan negeri nampak ia adalah baik, mereka akan mengikut langkah yang sama.

“Kerjasama dari negeri-negeri dilihat membolehkan rang undang-undang berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu dapat diseragamkan dan dikuatkuasakan di peringkat negeri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara dijangka diadakan pada bulan depan iaitu sebelum bacaan pertama dan kedua.

“Setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, RUU tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan untuk diperkenankan dan pewartaannya,” katanya.

Berita berkaitan
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Tiada guna undang-undang anti lompat, takkan Speaker nak isytihar kerusi kosong
November 11, 2023· Rencana
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok