Warisan belum buat keputusan jalin kerjasama, sedia bergerak solo

July 23, 2022 · Politik

Parti Warisan masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau pihak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata buat masa ini partinya sedia bergerak solo dan menunggu masa yang sesuai untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan selepas PRU-15 nanti, menurut laporan Bernama.

“Buat masa ini, kita ingin pastikan bahawa Warisan menjadi pilihan rakyat Malaysia terlebih dahulu dan selepas PRU-15 nanti, baru kita akan teliti mana-mana parti dan pihak yang bersesuaian untuk melakukan kerjasama.

“Namun, pada saat ini kita bekerjasama dengan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Warisan peringkat negeri di sini hari ini.

Sebelum ini parti itu telah melebarkan sayap ke Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang dan selepas Perlis, Mohd Shafie berkata Warisan akan kembangkan sayapnya ke Kedah.

“Kita tidak bercadang membuka cawangan di seluruh semenanjung Malaysia, sebaliknya hanya memilih beberapa negeri yang boleh meraih sambutan,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
Kerajaan Anwar sekat kebebasan bersuara rakyat, BERSIH kecewa janji tak ditunaikan
September 13, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok