Individu tular video disyaki terbabit rasuah sedang dikesan polis

July 22, 2022 · Isu semasa

Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berkenaan satu klip video tular di aplikasi TikTok yang membabitkan sebuah kereta peronda polis (MPV) disyaki mengambil suapan berhampiran sebuah stesen minyak.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, menghala ke pusat bandar berhampiran pintu gerbang sempadan Kuala Lumpur-Selangor, lapor Bernama.

“Polis menyeru pemilik akaun TikTok mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran kereta peronda polis berkenaan untuk tampil ke hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular satu klip video pendek berdurasi 31 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, stickerpro_my menunjukkan sebuah MPV polis disyaki telah mengambil suapan berhampiran stesen minyak Shell.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok