Peruntukan pertahanan negara perlu dikaji semula, kata Panglima Tentera Laut

July 19, 2022 · Isu semasa

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peruntukan untuk pertahanan Malaysia perlu dikaji semula agar ia sentiasa selaras dengan landskap keselamatan negara.

Beliau berkata hanya dengan pembangunan aset pertahanan yang mampan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dapat bersaing dan meningkatkan keupayaan cegah rintang yang menjadi faktor kritikal dalam menjamin kedaulatan negara, lapor Bernama.

Mohd Reza berkata demikian semasa menjadi panel jemputan “Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa & Akan Datang” pada Persidangan Keselamatan Negara 2022, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Reza dalam menangani pelbagai ancaman yang bakal muncul kesiagaan dan keupayaan ATM perlu berada di tahap yang tertinggi pada setiap masa.

Beliau berkata pembangunan kuasa ketenteraan yang mampan amat diperlukan walaupun akan mengambil masa yang lama di samping pelaburan yang signifikan.

“Oleh itu, perancangan perolehan yang ampuh perlu direalisasikan sepenuhnya mulai sekarang bagi membolehkan keupayaan cegah rintang ATM mampu memelihara kedaulatan negara,” katanya.

Sementara itu, Mohd Reza berkata segala situasi yang mungkin memberi ancaman terhadap kedaulatan negara memerlukan tindakan “Whole Government, Whole of Society” (WoGoS).

“Konsep WoGoS ini penting bagi memantapkan lagi aspek pemeliharaan kedaulatan melalui pendekatan keselamatan menyeluruh seperti yang dinyatakan dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025,” katanya.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Beri peruntukan kepada pembangkang tanpa syarat, BERSIH bidas kerajaan
November 9, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Tuah busana 7 Puteri Ulek Mayang
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
3 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok