Minyak botol vs minyak peket

July 20, 2022 · Isu semasa

Sekarang ni bahan masakan dan untuk rumah dah naik, sikit memang tak terasa bila beli banyak memang terasa sangat.

Ingat lagi dulu dulu kalau beli kat pasar raya  harga RM400 boleh dapat dua troli, sekarang ni suku troli pun dah beratus.

Nak berjimat kena beli barang yang tak berjenama tapi kualiti mesti baik.  Banyak sekarang ni produk yang yang tak ada jenama menawarkan harga yang murah.

Antara barang keperluan ialah minyak masak menjadi bahan utama yang sering digunakan untuk memasak terutamanya menggoreng.

Di pasaran terdapat begitu banyak pilihan minyak yang dihasilkan daripada pelbagai sumber. Antaranya minyak kelapa, minyak sawit, minyak jagung, minyak biji bunga matahari dan sebagainya. Di sini anda mempunyai banyak pilihan dalam menentukan minyak masak yang sesuai digunakan. Sebenarnya untuk memilih minyak masak yang terbaik, anda perlu melihat label nutrisi yang dipamerkan pada produk.

Secara umum, asasnya minyak masak ini adalah berasal daripada minyak sawit mentah yang diproses dan kemudiannya disebut sebagai “RBD (refined, bleaced and deodorized) Palm Olein” atau “Minyak Sawit (diperhalusi, dijernihkan dan dinyahbau)”.

Di pasaran kita akan lihat ada yang dijual secara paket dan dijual secara botol. Apa beza kedua-dua jenis ni?

“Minyak masak paket” yang dibungkus dalam paket 1 kilogram adalah minyak masak yang dikawal oleh kerajaan dan hanya boleh dijual pada harga subsidi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Manakala minyak yang dijual di dalam botol atau bungkusan bersaiz selain dari itu, adalah tidak dikawal oleh kerajaan dan terpulang kepada pengeluar untuk menentukan harganya berdasarkan pasaran semasa.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa minyak masak botol tidak semestinya lebih berkualiti daripada minyak masak paket.

Ada minyak masak botol yang mempunyai kualiti yang sama dengan minyak masak paket yang mana pengeluar hanya membotolkan minyak masak yang sama dengan minyak paket tanpa melakukan sebarang proses tambah nilai kepada minyak tersebut dan boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, kebanyakan jenama minyak masak terkenal akan melakukan proses tambah nilai atau tambah baik kepada minyak masak yang dijual secara botol bagi meningkatkan kualiti produk mereka.

Antaranya ialah proses penapisan ulangan bagi meningkatkan kejernihan dan mengurangkan titik awan (cloud point).

Minyak masak paket kebiasaannya sedikit gelap dan mempunyai titik awan yang lebih tinggi (CP 8 ) manakala minyak masak botol yang ditambah baik akan lebih jernih dan mempunyai titik awan yang lebih rendah (CP 6).

Minyak masak dengan titik awan lebih tinggi akan lebih cepat membeku apabila suhu menurun.

Kebiasaannya takat gorengan minyak masak botol yang ditambah baik adalah lebih sedikit berbanding minyak masak paket atau minyak masak botol yang tidak ditambah baik sebanyak beberapa kali gorengan.

Penggunaan minyak yang berulang-ulang juga akan mengubah sifat minyak dan mengurangkan takat didih minyak dan akan memberikan kesan kepada kualiti gorengan.

Sebaiknya sebagai pengguna, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita.

Selain itu, pilih yang berkualiti tinggi dan berkhasiat dan tanpa kolestrol dan di jamin kebersihannya.

Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok