Kes Covid-19 naik, MB Selangor baru nak mengadakan mesyuarat esok

April 29, 2021 · Isu semasa

Selepas tiga hari berturut-turut Selangor mencatatkan kes tertinggi Covid-19 baharu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bertindak untuk mengadakan satu mesyuarat terkejut bagi membincangkan langkah-langkah untuk membendung penularan wabak tersebut.

Mesyuarat tersebut akan diadakan dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu kenyataan di akaun Twitternya dan kemungkinan kerajaan Selangor akan meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor.

“Hari ini, hari ketiga berturut-turut kes baharu COVID-19 kembali mencecah empat angka. Mesyuarat esok akan mengangkat syor-syor pelaksanaan PKPB di Selangor kepada Majlis Keselamatan Negara bagi pertimbangan kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Kes positif baharu COVID-19 hari dilaporkan sebanyak 3,332 kes dengan Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,083 kes.

Pada Rabu (28 April), daripada 3,142 kes baharu dilaporkan, Selangor mencatat kes tertinggi dengan 1,019 kes dan pada Selasa (27 April) daripada 2,733 kes baharu yang dilaporkan, Selangor catat kes tertinggi dengan 750 kes.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Kes Adib: 17 lelaki terlibat dalam rusuhan kuil dibebaskan
June 27, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok