Kerajaan sedang teliti pilih mekanisme subsidi petrol bersasar: Tengku Zafrul

July 12, 2022 · Isu semasa

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata mekanisme untuk sistem subsidi bahan api bersasar akan menjadi penyelesaian holistik untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Kerajaan sedang dalam proses memilih mekanisme itu dan akan dibentangkan kepada kabinet tidak lama lagi, kata Tengku Zafrul, menurut laporan Bernama.

“Ia dalam proses…kami mahu memberi pilihan kepada orang ramai mengenai platform yang digunakan supaya golongan B40 dan M40 turut mendapat manfaat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kemudahan Insurans i-Lindung dan Takaful Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini.

Beliau berkata kredibiliti dan keyakinan adalah penting dalam melaksanakan sistem tersebut kerana ia akan menjadi langkah utama yang meliputi seluruh negara, ia juga pada masa yang sama akan memberikan penjimatan terutamanya daripada golongan T20.

“Pelaksanaannya bergantung kepada kabinet dan perdana menteri. Kementerian akan memastikan mempunyai penyelesaian yang betul dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Jika sistem ini berjaya…lebih cepat, ia adalah lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menganggarkan subsidi untuk tahun ini mencecah RM77.7 bilion bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok