Kedutaan Arab Saudi kesal jemaah haji terkandas, nafi ada kaitan

July 8, 2022 · Isu semasa

Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyuarakan rasa kesal dengan berita mengenai kira-kira 380 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut kenyataan yang disediakan kepada Bernama hari ini, kedutaan menegaskan pihaknya tiada kaitan dengan insiden itu, lapor Bernama.

“Kedutaan kesal dengan apa yang berlaku kepada beberapa warga Malaysia yang ditipu agensi pelancongan Malaysia yang mendakwa telah mendapatkan visa daripada kedutaan. Pihak kedutaan menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan insiden ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut merujuk kepada kenyataan sebelum ini yang dikeluarkan pada 24 Mac, pihak kedutaan mendapati terdapat iklan oleh beberapa syarikat Malaysia yang mempromosikan pakej pelancongan dan program menunaikan haji tahun ini.

“Kenyataan itu memberi amaran dan menegaskan bahawa kedutaan tidak berkomunikasi dengan mana-mana pihak di Malaysia dari segi pengaturan haji tahun ini 1443H/2022,” kenyataan itu.

Memandangkan ibadat haji dianggap ibadah paling penting dalam Islam, Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bersedia untuk menyediakan semua kemudahan yang membolehkan jemaah haji menunaikan haji dengan mudah dan selamat.

Kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA semalam (7 Julai) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad daam satu kenyataan hari ini, mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci.

“Saya melahirkan rasa kecewa mengenai insiden yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia melibatkan urusan Rukun Islam yang perlu dipandang berat oleh semua umat Islam, termasuklah pihak agensi yang menguruskan jemaah haji,” katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

Berita berkaitan
Saya biasa telefon orang bawahan untuk urusan kerja: Agus
November 18, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Saman lucut hak RM16 juta milik keluarga Azeez didengar 3 Januari
October 8, 2021
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
18 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
18 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok