Bekas pemain badminton negara didakwa menipu

July 8, 2022 · Isu semasa

Seorang bekas pemain badminton kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu berkaitan pelaburan yang tidak wujud melibatkan kerugian berjumlah RM58,029.53 pada Jun dan November 2016.

Lin Woon Fui, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan, Lin didakwa menipu seorang lelaki berusia 39 tahun dengan memperdaya individu berkenaan untuk mempercayai dia boleh melipatgandakan wang dengan cara pertaruhan dalam talian dan pelaburan saham tidak wujud sehingga mendorong mangsa memindahkan wang tersebut ke dalam akaun tertuduh dan isterinya.

Lin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Setia Alam dekat sini, antara 6 Jun dan 29 Nov 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM pada 1 hari bulan setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam B.Chandrateeban memohon mahkamah mengenakan jaminan rendah RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan ke atas anak guamnya dengan alasan tertuduh adalah penanggung utama keluarga selain memberi kerjasama baik sepanjang siasatan.

Muhamad Anas kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM17,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan pada setiap bulan.

Lin membayar jaminan tersebut.

Mahkamah juga menetapkan 17 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Tertuduh pernah memenangi pingat gangsa dalam acara badminton berpasukan lelaki di Sukan Asia 2006.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Bubar Parlimen: Ismail Sabri kena saman
October 12, 2022
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok