Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara

July 5, 2022 · Politik

Susulan penafian Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataannya terhadap Datuk Seri Najib Razak, pihak media yang mengeluarkan laporan berita itu mendedahkan rakaman penuh audio wawancara tersebut.

Mohamad atau Mat Hasan, pemimpin nombor dua UMNO hari ini menafikan kenyataannya terhadap bekas Perdana Menteri yang sedang berdepan puluhan pertuduhan kes rasuah di mahkamah, menjelaskan kononnya ia diambil luar konteks.

Bagaimanapun,wartawan Asia Times Nick Kochan tetap dengan laporannya dan juga berkongsi rakaman audio tersebut.

“Kami tetap dengan laporan kami,” katanya dalam hantaran di Twitter.

Malaysiakini melaporkan sudah menghubungi wartawan tersebut yang kemudiaannya mengesahkan rakaman itu sah, malah Mat Hasan menyedari ia sedang dirakam.

“Saya memberi Tok Mat platform, dan dia jelas dalam mesejnya tentang kebimbangannya berkenaan dengan tingkah laku bekas Perdana Menteri itu,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu, Asia Times melaporkan Mohamad sebagai berkata Najib tidak sepatutnya mengharapkan layanan istimewa daripada kerajaan pimpinan UMNO jika akhirnya dipenjarakan atas pelbagai tuduhan rasuah.

Memetik laporan Asia Times, dengan tajuk ‘Exclusive: UMNO’s No 2 thinks Najib should go to jail’ Mohamad juga dilaporkan berkata kelesuan negara ketika ini berpunca daripada kegagalan UMNO untuk ‘memberitahu kebenaran’ mengenai skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Asia Times dimiliki oleh Asia Times Holdings Limited, sebuah syarikat berpangkalan Hong Kong yang terlibat dalam multimedia dan perhubungan awam.

Terjemahan petikan bahagian wawancara itu:

Wartawan: Adakah anda akan berasa kasihan jika Najib masuk penjara?

Mohamad: Sudah tentu, sebagai seorang kawan, saya berasa kasihan, tetapi semua orang perlu… anda perlu menghadapi apa sahaja…

Wartawan: Tanggung kesan tindakan mereka?

Mohamad: Tanggung kesan tindakan mereka, bukan? Jika anda mahukan pengampunan, anda perlu melalui proses tersebut. Anda kena masuk dalam (penjara) dulu. Anda tidak boleh diampunkan sebelum anda melalui proses; itu salah. Itu salah sama sekali.

Pewawancara: Untuk diampunkan tanpa proses?

Mohamad: Ya.

Wartawan: Jadi prosesnya memerlukan sedikit masa, kemudian…

Mohamad: Ya. Ramai pemimpin UMNO, pemimpin terkemuka, sebelum ini Datuk Harun Idris, Menteri Besar Selangor, paling berkuasa masa tu, dia kena masuk dalam penjara. Mokhtar Hashim, dia terpaksa masuk. Semua orang perlu masuk dalam penjara sebelum anda mendapat pengampunan, semudah itu. Tidak ada cara lain.

Wartawan: Jadi, tiada layanan istimewa?

Mohamad: Tiada layanan istimewa. Itulah sebabnya sekarang, apabila orang berkata: “Oh UMNO, apabila mereka berkuasa, mereka akan mengampunkan, mereka akan menggugurkan kes itu.”

Tetapi kini Perdana Menteri daripada UMNO, tetapi kes Zahid masih diteruskan. Sebab itu kempen Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, mereka berkata: “Oh, jangan undi UMNO kerana jika UMNO menang di Johor, semua kes kluster mahkamah akan digugurkan”. Tetapi apa kaitan Johor dan Melaka dengan itu? Tiada kaitan. Mungkin mereka berkata begitu kerana mereka pernah melakukannya kerana kes mahkamah sedang berjalan, dan mereka menggugurkan kes itu. Kes Lim Guan Eng digugurkan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
20 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok