Mahkamah tolak permohonan Zahid halang kenyataan Dr M terhadapnya

July 5, 2022 · Politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menghalang penerbitan semula dan penyebaran rakaman kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa memfitnah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Ahmad Zahid ketika dihubungi berkata Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff menolak permohonan injunksi interim oleh Ahmad Zahid atas alasan isu yang dibangkitkan plaintif dan defendan perlu diputuskan melalui perbicaraan, lapor Bernama.

Sementara itu, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi, yang mewakili Dr Mahathir berkata mahkamah menolak permohonan plaintif selepas memutuskan bahawa ini bukanlah peringkat bagi pihak-pihak menghujahkan berkenaan merit kes.

“Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar. Oleh itu, permohonan interim ditolak dengan kos RM5,000 dan mahkamah menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes,” kata Mior Nor Haidir ketika dihubungi selepas prosiding kes itu yang berlangsung melalui sidang video.

Pada 20 April lepas, Ahmad Zahid, 69, memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir, 96, selaku defendan berhubung dakwaan beliau menggunakan kedudukannya bagi mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri urusan perbicaraan kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah.

Menerusi pernyataan tuntutannya, Ahmad Zahid berkata pada 19 Okt 2018, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, bagi 12 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Ahmad Zahid mendakwa Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang (Pejuang) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Feb 2022.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud bahawa beliau seorang yang menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan serta menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Dr Mahathir bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan mencampuri penyiasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan terhadapnya.

Ahmad Zahid turut memfailkan permohonan injunksi interim supaya defendan sama ada secara diri sendiri, pegawai dan wakilnya untuk menarik balik kenyataan fitnah itu dan menghalang mereka menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platform media sosial.

Turut dipohon perintah injunksi interim bagi mengarahkan defendan memadam, menyunting dan menghentikan penerbitan sebahagian rakaman video majlis itu yang mengandungi kenyataan memfitnah di dalam portal-portal berita dalam talian dan sosial media di YouTube dan Facebook ‘Astro AWANI’ serta YouTube dan TikTok ‘MalaysiaGazette TV’.

Selain itu, plaintif juga memohon perintah injunksi interim mengarahkan defendan menulis kepada mana-mana penerbit, penyunting, pengendali dan pemilik portal-portal berita dalam talian atau platform media sosial yang menerbitkan kenyataan fitnah itu supaya memadam dan menghentikan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok