Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai

July 4, 2022 · Isu semasa

Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan sejumlah 2,352,000 kenderaan bakal menggunakan lebuh raya berkenaan sempena sambutan Aidiladha, bermula 8 hingga 11 Julai ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata susulan itu pihaknya telah mengambil beberapa langkah termasuk penambahan petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.

“Pertambahan ini juga membantu melancarkan aliran di lebuh raya dan mempertingkatkan tahap persediaan di semua fasiliti lebuh raya termasuk menjamin tahap kebersihan terbaik di semua Hentian Sebelah dan Kawasan Rehat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihaknya juga telah mencadangkan beberapa waktu perjalanan menerusi Jadual Cadangan Perjalanan (TTA) demi menjamin keselesaan pengguna lebuh raya tersebut.

“Antara cadangan waktu perjalanan pada 8 Julai (Jumaat) dan 9 Julai (Sabtu) bagi penguna lebuh raya daripada Kuala Lumpur atau Selangor memasuki Plaza Tol Gombak adalah 10 pagi hingga 1 tengah hari ke Pahang, pukul 6 pagi hingga 10 pagi pula menuju ke Terengganu serta Kelantan.

“Bagi perjalanan ke semua destinasi, waktu perjalanan bebas pada 12 tengah malam hingga 6 pagi,” katanya.

“Selain itu kenderaan ringan disarankan elak memasuki plaza tol pada waktu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan 9.30 malam hingga 12 tengah malam kerana ini merupakan waktu perjalanan bas ekspres ke destinasi Pantai Timur memasuki Tol Gombak pada tarikh-tarikh berkenaan,” katanya.

Jelasnya pada 11 Julai (Isnin) pula pengguna dinasihatkan untuk menggunakan lebuh raya tersebut pada 6 pagi hingga 10 pagi untuk pengguna daripada Pahang, manakala pengguna dari Terengganu dari 10 pagi hingga 1 tengah hari dan untuk semua destinasi adalah pada pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi.

Untuk maklumat lanjut, pengguna lebuh raya boleh merujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia atau ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik atau Facebook@Lembaga Lebuhraya Malaysia serta @Lebuhraya Pantai Timur atau menghubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 1-700-818-700. – Bernama

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Sambutan Aidiladha pada 29 Jun
June 18, 2023· Isu semasa
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok