Penduduk Asia Pasifik lebih cepat menua

July 2, 2022 · Dunia

Kadar penuaan penduduk Asia Pasifik lebih tinggi berbanding rantau lain dan kira-kira 630 juta orang berumur 60 tahun ke atas, mewakili 60 peratus warga emas dunia.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) memaklumkan menjelang 2050, jumlah itu diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

“Majoriti mereka yang lebih tua adalah wanita; merangkumi 61 peratus dan berumur 80 tahun ke atas,” menurut ESCAP.

Warga emas di rantau ini juga berdepan dengan ketidakadilan dan terkesan dengan pelbagai isu yang timbul termasuk ketidaktentuan geopolitik, pandemik Covid-19, perubahan iklim dan transformasi digital.

Setiausaha Eksekutif ESCAP, Armida Salsiah Alisjahbana berkata langkah konkrit perlu diambil untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin kepada warga emas serta dapat menyumbang kepada masyarakat.

“Kita mesti melihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dengan mengiktiraf mereka sebagai agen pembangunan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Yayasan Emong Lansia, Indonesia, Eva Sabdono berkata cabaran pada abad ke-21 memerlukan semua lapisan masyarakat bekerjasama menghapuskan ageisme.

“Walaupun beberapa kemajuan telah dicapai melalui Pelan Tindakan Antarabangsa Madrid mengenai Penuaan (MIPAA), warga emas terus dilihat sebagai penerima kebajikan dan beban kepada masyarakat, bukan tergolong dalam kategori yang cergas, berpengetahuan, dan berpengalaman yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi, masyarakat dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, pegawai kerajaan, wakil masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa hari ini menggesa momentum baharu dan tindakan pantas dilaksanakan untuk memajukan MIPAA menerusi semakan dan penilaian serantau yang diadakan pada ulang tahun ke-20nya oleh ESCAP.

Dilaksanakan pada 2002, MIPAA menyediakan rangka kerja komprehensif bagi melengkapkan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan Dekad Penuaan Sihat PBB. – Bernama

Berita berkaitan
MB Selangor dikecam depan-depan penduduk isu masalah selenggara pangsapuri
August 6, 2023· Politik
ECRL: Penduduk Tmn Sg Sireh resah, penjelasan MB tidak tuntas
July 28, 2023· Isu semasa
Banjir: Penduduk terperangkap atas bumbung mohon diselamatkan
March 1, 2023· Isu semasa
Selagi BN terus tadbir negara, rakyat terus diperbodohkan: Tinjauan
November 9, 2022· Politik
Popular
Israel beri dos keempat vaksin Covid-19
December 22, 2021
Sri Lanka bankrap
July 5, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok