Puad bidas Annuar tular dan kongsi sidang media Tajuddin

June 28, 2022 · Politik

Seorang pengikut tegar Presiden UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) itu membidas Annuar kerana menularkan dan berkongsi setiap laporan berita semasa sidang media Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang disifatkannya sengaja mahu melihat UMNO dilihat sedang berdepan krisis dalaman.

“Suka Annuar Musa dengan sidang media Tajuddin. Dia paling aktif ‘viral dan share’ (tular dan kongsi) laporan media terutamanya portal terhadap sidang media Tajuddin semalam.

“Pada Annuar itu bola tanggung untuk ‘smash’ UMNO. Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis. Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia viral dan share,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu juga membidas Tajuddin sebagai seorang penakut apabila bertindak memusingkan fakta hanya kerana disiasat pihak berkuasa.

“Kenapa pusing 200 darjah? Dia fobia apabila disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ramai saksi hidup,” sindir Puad terhadap Tajuddin.

Tajuddin pada sidang media khas semalam, mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, melepaskan jawatan secara terhormat kerana tidak layak memimpin parti.

Tajuddin yang digugurkan daripada jawatan ahli MT UMNO juga mendakwa, Zahid sebenarnya mengepalai gerakan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok