Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani

June 25, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 71,833 kes jenayah komersial dilapor membabitkan nilai kerugian berjumlah RM5.2 bilion sepanjang 2020 hingga Mei lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 48,850 kes atau 68 peratus merupakan jenayah penipuan dalam talian dan bagi tempoh sama, sejumlah 26,213 kes yang dilapor telah didakwa di mahkamah, lapor Bernama.

“Angka yang besar ini perlu kita beri perhatian untuk memastikan ia dapat dikawal supaya orang awam tidak lagi terjebak atau terpedaya dengan jenayah dalam talian.

“Kempen perlu diadakan untuk mengemas kini pengetahuan mengenai modus operandi pihak scammer dan memberi kesedaran khususnya kepada syarikat korporat, warga emas, penjawat awam serta pesara,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Scam Polis Diraja Malaysia 2022 di sini hari ini.

Katanya kes penipuan pembelian e-dagang mencatat peningkatan daripada 8,851 kes pada 2020 kepada 9,569 tahun lepas manakala setakat Mei tahun ini, sebanyak 3,833 kes direkodkan.

Berhubung penipuan membabitkan ‘Love Scam,’ Acryl Sani berkata kes itu mencatat penurunan iaitu daripada 1,580 kes pada 2020 kepada 1,460 tahun lepas dan daripada Januari hingga Mei tahun ini (361 kes).

“Bagi Macau Scam pula, sebanyak 2,254 kes direkodkan pada 2020 menyaksikan penurunan kepada 1,586 pada 2021 dan meningkat kepada 1,612 kes setakat Mei tahun ini,” katanya.

Beliau berkata penggunaan Internet secara meluas dalam kalangan masyarakat dan sektor ekonomi sejak pandemik Covid-19 menyebabkan ramai terdedah kepada sindiket penipuan itu.

Katanya antara cabaran yang dihadapi polis untuk melakukan siasatan ialah apabila mangsa malu untuk tampil membuat laporan kerana tidak mahu masyarakat tahu mereka menjadi mangsa penipuan dan merasakan tidak berbaloi untuk membuat aduan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok