Zahid pertahan tindakan singkir Tajuddin sebagai Ahli MT UMNO

June 24, 2022 · Politik

Tindakan menyingkirkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang diputuskan adalah wajar, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu mempertahankan tindakan yang diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci alasan penyingkirkan tersebut sebaliknya meminta media bertanya sendiri kepada Tajuddin.

“Dalam hal ini, saya sangat berlapang dada, jika secara peribadi (keputusan) saya tidak dipersetujui, secara peribadinya. Tetapi apabila keputusan parti tentukan, maka kita harus menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh parti.

“Saya fikir, tanyalah diri beliau sendiri. Tidak adil kalau saya memberi tahu secara umum kenapa, tetapi tentunya beliau tahu apa yang beliau lakukan kepada parti.

“Itu sebabnya (Tajuddin digugurkan). Kena tanya beliau sendiri apa kenyataan yang beliau sudah buat. Apakah bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan yang sudah dinyatakan dalam mesyuarat tertutup. Tanya beliau sendiri,” katanya dipetik laporan media.

Zahid ditemui semasa Karnival BN Youth Joh Fair di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Zahid lagi, Tajuddin tidak boleh membuat rayuan berhubung penyingkirannya tersebut kerana jawatan tersebut adalah lantikan dan dibawah kuasa Presiden.

“Rayuan untuk keahlian boleh dibuat tetapi rayuan untuk sesuatu jawatan dilantik, saya fikir tidak ada mana-mana elemen rayuan boleh dilakukan,” katanya.

Zahid menjelaskan, Ahli MT seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan parti.

“Bukan saja apa yang sudah menjadi ketetapan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU), apatah lagi jika kita menjadi sebahagian ahli MKT, sesuatu ketetapan harus dipatuhi.

“Kita boleh berbeza pendapat di dalam perbincangan atau mesyuarat, tetapi jika sesuatu keputusan dibuat, ia adalah keputusan parti yang mesti dipatuhi,” katanya.

Tajuddin disingkirkan sebagai Ahli MT pada Selasa menerusi sepucuk surat yang dihantar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok