Lagi 30 buah sekolah di Selangor diarahkan tutup selama dua hari, menurut pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) yang dikeluarkan hari ini.
Penutupan berkuat kuasa 28 April hingga 29 April oleh JPNS berikutan laporan bahawa terdapat kes Covid-19 di sekolah itu.
“Sehubungan itu, sekolah berkenaan diarahkan ditutup selama dua hari iaitu 28 April dan 29 April. Penutupan bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” menurut pekeliling JPNS.
JPNS juga meminta sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta sanitasi dalam tempoh penutupan itu.
Pihak sekolah juga diminta berbincang dengan PKD serta pegawai pendidikan daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan jika penutupan sekolah perlu dilanjutkan.
Senarai sekolah yang ditutup sementara di Selangor:
Klang: SJKC Perempuan, SJKC Tshing Nian, SJKC Ying Wah, SMK Tengku Ampuan Jemaah, SK Klang,
Kuala Selangor: SMK Raja Muda Musa, SJKC Chung Wah, SK Sungai Burung
Sepang: SMK Putra Perdana, SMK Cyberjaya, SK Sungai Rawang
Petaling Perdana: SMK Bandar Puchong Jaya A, SK Setia Alam, SJKC Shin Cheng (Harcroft), SMK Puchong Perdana, SK Pusat Bandar Puchong 2, SMK Seri Kembangan, SJKC Yak Chee
Gombak: SK Sg Pelong, SK Hulu Klang
Petaling Utama: SJKC Damansara, SJKC Sungai Buloh, SMK Kelana Jaya Hulu Langat: SK Sungai Ramal Dalam, SK Bukit Raya, SK Dusung Nanding, SJKC Batu Sebelas, SJKT Ladang Rinching, SK Desa Baiduri, SK Bandar Baru Bangi