Saya akan terus bergerak bersama Bersatu, Azmin nafi ikut jejak Zuraida

June 17, 2022 · Politik

Spekulasi kononnya beberapa Ahli Parlimen (MP) daripada Bersatu akan keluar parti mengikut jejak bekas ahlinya, Datuk Zuraida Kamaruddin dinafikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu memberi komitmennya untuk kekal bersama parti dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menafikan khabar angin yang mendakwa beliau antara beberapa MP yang akan mengikut jejak Zuraida menyertai parti baharu lain.

“Saya ingin menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan Bersatu adalah jati diri saya.

“Kita akan terus bergerak sederap bersama seluruh anggota Bersatu untuk membangunkan sebuah Kerajaan yang bersih, telus, berintegriti dan komited terhadap prinsip tadbir urus yang baik serta memperjuangkan keadilan sosial demi kemakmuran bersama seluruh rakyat. Sesungguhnya, Bersatu wadah unggul untuk rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, Bersatu merupakan sebuah parti yang bukan sahaja memiliki identiti Melayu dan Bumiputera tetapi juga berani mengambil langkah berani dengan meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia.

“Bersatu adalah sebuah parti yang berakar dari identiti Melayu dan Bumiputera demi memelihara hak dan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.

“Namun, sebagai wadah politik yang berpandangan jauh ke hadapan, Bersatu juga mahu mendakap realiti Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama. Bersatu telah berani melakukan anjakan paradigma dengan meminda Perlembagaan Parti untuk meraikan kepelbagaian kaum dan budaya yang akan menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia,” ujarnya lagi.

Malah, Azmin berkata sepanjang Bersatu dibawah pimpinan Muhyiddin mentadbir negara, pelbagai kejayaan berjaya dikecapi antaranya dalam menghadapi krisis kesihatan yang melanda negara sebelum ini.

“Dasar dan inisiatif yang diperkenalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin khususnya pakej rangsangan ekonomi yang proaktif serta keputusan pantas yang tepat pada masanya mengenai pelaksanaan program vaksinasi besar-besaran, telah meletakkan Malaysia di atas landasan yang kukuh dan berdaya tahan bagi menjamin kejayaan pemulihan ekonomi dan usaha menangani krisis kesihatan.

“Hasilnya, Malaysia telah diiktiraf sebagai berjaya mengurus pandemik dengan efektif dan bertanggungjawab.

“Kebijakan yang mesra perniagaan telah berjaya mencipta pekerjaan dan kemakmuran untuk rakyat sekaligus merancakkan aktiviti perniagaan dan pelaburan pasca pandemik,” ujarnya lagi.

Khabar angin sebelum ini mengatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin dan MP Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon antara yang dijangka melompat parti.

Pada 26 Mei lepas, Zuraida mengambil keputusan untuk keluar daripada Bersatu dan memutuskan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Pembebasan Zahid dalam kes rasuah, PAS gesa hormati keputusan mahkamah
September 23, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok