Tiada undi hilang, tuduhan Farhash tak tepat: Kata biro guaman AMK

June 4, 2022 · Politik

Pengerusi Biro Guaman dan Undang-Undang Anak Muda Keadilan (AMK) menyanggah tuduhan bekas calon ketua cabang Gombak Farhash Wafa Salvador yang mendakwa terdapat undi hilang selepas selesai sesi pengundian pemilihan PKR 2022, baru-baru ini.

Chiew Choon Man merujuk kepada Perkara 7.3 Peraturan Pemilihan Parti, yang menyatakan setiap pengundi berhak untuk mengundi bilangan calon yang ada mengikut bilangan undi seperti yang ditetapkan, bagi setiap jawatan yang layak diundi.

Terdahulu, Farhash yang kalah kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari mempertikai percanggahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini dengan mendakwa ada undi yang “hilang” khususnya bagi jawatan timbalan presiden.

Farhash dipetik sebagai berkata, 147,000 ahli PKR dilaporkan mengambil bahagian dalam pemilihan parti itu, dengan Rafizi Ramli memperoleh 68,992 undi, manakala Saifuddin Nasution Ismail mendapat 50,038 undi.

“Ini bererti jumlahnya cuma 119,030 undi. Ini saja menimbulkan persoalan apa yang terjadi dengan kira-kira 27,970 undian selebihnya. Sekalipun dihitung dengan undi rosak di seluruh negara, lebih 26,000 undian masih hilang,” kata Farhash yang juga bekas pembantu kanan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut Chiew dalam satu kenyataan hari ini berkata tuduhan yang dibuat Farhash adalah tidak tepat dan perlu segera diperbetulkan.

Menurutnya hak itu telah diberikan kepada setiap ahli di bawah Fasa 8.1 (a) Perlembagaan Parti tanpa sekatan seperti mewajibkan ahli yang ingin mengundi untuk mengundi semua jawatan yang dipertandingkan.

“Ketetapan ini telah menjadi amalan dalam pemilihan-pemilihan parti sebelum ini di mana setiap ahli diberi kebebasan untuk mengundi atau tidak mengundi jawatan-jawatan tertentu.

“Sebagai contoh, dalam pemilihan di Cabang Penampang, jumlah undi yang diberikan kepada semua calon timbalan presiden adalah sebanyak 274 undi, manakala jumlah jumlah undi yang diterima oleh semua calon Ketua Cabang adalah sebanyak 576 undi.

“Dalam kes ini, tidak timbul isu “hilang undi” sebanyak 302 undi kerana ahli di Cabang Penampang yang mengundi untuk Ketua Cabang mempunyai hak untuk tidak mengundi jawatan Timbalan Presiden,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
PRN Negeri Sembilan: UMNO mahu PH serah kerusi DUN Klawang
February 12, 2023
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok