Dua sindiket tumpas, dadah RM17.55 juta dirampas

April 26, 2021 · Isu semasa

Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah bernilai RM17.55 juta dalam 10 serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dan Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menahan 17 individu termasuk empat lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan berumur 24 hingga 47 tahun.

Acryl Sani berkata, dalam kes pertama, JSJN Bukit Aman dengan JSJN Selangor merampas 354 ketulan heroin mentah seberat 134 kilogram (kg) dan 101 bungkus plastik disyaki syabu seberat 104 kg bernilai RM15.2 juta dalam tujuh serbuan di sekitar Kajang dan Pandamaran, Klang.

Katanya, sindiket terbabit dipercayai mula menjalankan aktiviti pengedaran dadah sejak Februari lalu dengan menyeludup dadah ke Malaysia melalui sempadan Malaysia-Thailand di jeti haram di Kelantan.

“Mereka juga menggunakan perkhidmatan penghantaran kontena dan bungkusan melalui jalan laut serta udara bagi menyeludup dadah ke luar negara,” katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Acryl Sani berkata, dalam kes kedua JSJN melancarkan tiga serbuan membongkar sebuah makmal haram memproses dadah ketamin di sekitar Rawang pada Selasa lalu.

Katanya, hasil ketiga-tiga serbuan tersebut pihaknya merampas 22.015 kg dadah dan 37.15 kg cecair disyaki jenis ketamin dianggarkan bernilai RM2.35 juta.

Acryl Sani berkata tindakan menyita dilakukan pihaknya dengan nilai keseluruhan sitaan bagi kedua-dua operasi adalah lebih RM1 juta antaranya membabtkan 10 buah kereta, empat motosikal dan wang tunai berjumlah RM136,110.

Semua suspek juga kini disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya dan direman satu hingga tujuh hari bermula Rabu.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok