Saringan kesihatan nasional kesan penyakit tak berjangkit mulai Julai

May 28, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata KKM menyasarkan 1.5 juta orang berumur 40 tahun ke atas yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan sebelum ini, diberi pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk ujian darah dalam najis (FOCB) untuk kanser kolorektum dan saringan kanser payudara di klinik awam dan swasta.

“Kita kini perlu melihat banyak prosedur perubatan dan pembedahan yang tertunda sejak dua tahun lepas dan salah satunya adalah pemeriksaan kesihatan. Jumlah saringan kesihatan kita sejak dua tahun lepas memang menurun,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perhimpunan Strategic Roundtable on Behavioural Sciences for Better Health, Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) Sesi ke-75 di Geneva, Switzerland semalam.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), satu daripada lima orang dewasa atau 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes; manakala tiga daripada 10 atau 6.4 juta orang mempunyai tekanan darah tinggi; dan empat daripada 10 orang atau lapan juta orang mengalami kolesterol tinggi.

Khairy berkata KKM sedang menimbang untuk memperluaskan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk NCD, termasuk untuk menetapkan tarikh janji temu pemeriksaan kesihatan.

Beliau yang juga Naib Presiden WHA ke-75 seterusnya menegaskan bahawa sains tingkah laku kini merupakan barisan pertahanan pertama dalam sistem kesihatan Malaysia kerana ia memainkan peranan besar dalam memerangi pandemik Covid-19.

Sehubungan itu Khairy berkata pelaburan dalam unit tingkah laku adalah penting bagi setiap kementerian, pertubuhan atau kerajaan untuk mengumpul data, dan KKM telah menubuhkan unit baharu yang memfokuskan kepada kajian dorongan tingkah laku selain mempunyai Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IHBR).

Beliau turut berkongsi pengalaman dan kejayaan Malaysia tentang bagaimana sains tingkah laku menyokong tindak balas negara terhadap COVID-19, sambil menjelaskan bahawa tiga fokus utama memberi kesan terhadap sains tingkah laku, iaitu mempunyai komunikasi yang jelas dan meyakinkan, mengeluarkan arahan yang boleh dilaksanakan, dan membentuk dorongan.

WHA, badan pentadbir utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ialah acara tahunan yang menghimpunkan menteri kesihatan, ketua pengarah kesihatan dan pakar dalam bidang itu, untuk mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan dasar, program, WHO, hala tuju, komitmen dan strategi baharu mengenai penjagaan kesihatan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok