Tiada kerjasama MN, UMNO akan tanding semua kerusi di Perlis: Azlan

May 27, 2022 · Politik

Semua 18 kerusi di Perlis akan ditandingi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) depan nanti.

Susulan tiada sebarang kata putus berhubung hala tuju dengan PAS dalam kerjasama Muafakat Nasional (MN), langkah bertanding semua kerusi di Perlis adalah keputusan yang sewajarnya dibuat nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Azlan Man.

“Setakat ini, berdasarkan perkembangan semasa kemungkinan besar kita ke arah itu (bergerak secara solo dalam PRU-15).

“Jika muktamad kita bergerak solo, maka UMNO dan BN bertanding semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri ini,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Untuk rekod semasa PRU-14 lalu, UMNO dan BN memenangi 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen, sementara PAS menang dua kerusi Iaitu di DUN Guar Sanji dan Sanglang.

Mengulas lanjut, Azlan berkata UMNO akan menggunakan formula yang hampir sama semasa memenangi dua Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu di Melaka dan Johor dengan meletak lebih banyak calon muda serta muka baharu.

Katanya, muka-muka baharu tersebut bergandingan dengan calon muka lama yang dikekalkan.

Ujarnya, calon yang dipilih akan dinilai terlebih dahulu sebelum memuktamadkan mereka yang bakal bertanding dalam pilihan raya tersebut.

“Kita sudah ada bayang-bayang calon-calon yang bakal diketengahkan itu dan masih melihat daripada segi kesesuaian calon ini.

“Insya-Allah panjang lagi masa sebelum menjelangnya pilihan raya dan kita sama sekali tidak ada sebarang tekanan jika pilihan raya berlangsung lebih cepat. Kalau lagi cepat lagi baik,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok