RM kekal susut berbanding dolar AS

May 24, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen terhadap mata wang negara maju itu mengukuh menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) pada Khamis, kata penganalisis.

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.3925/3960 berbanding dolar AS daripada 4.3870/3915 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks-indeks ekuiti penanda aras di AS mengalami peningkatan semula manakala hasil Perbendaharaan AS sama ada sekuriti berjangka pendek atau panjang adalah tinggi.

“Ini menunjukkan terdapat peralihan daripada kelas aset bebas risiko kepada sekuriti berisiko, iaitu ekuiti,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata selain itu, sentimen dalam pasaran pertukaran asing kekal terkawal kerana Rizab Persekutuan (Fed) sebagai bank pusat AS akan terus cenderung kepada kadar faedah tinggi dalam pendirian monetarinya.

“Kami percaya sentimen dalam pasaran pertukaran asing kekal dikawal oleh Fed, dinamik yang akan dihuraikan lebih teliti dalam minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada Khamis,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata justeru, ringgit dijangka kekal dalam julat di antara RM4.38 dengan RM4.39 hari ini.

Ringgit bagaimanapun didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1925/1955 daripada 3.1933/1968 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.4367/4397 daripada 3.4408/4446.

Ringgit juga tinggi berbanding pound British kepada 5.5157/5201 daripada 5.5167/5223 namun rendah berbanding euro kepada 4.6864/6901 daripada 4.6840/6888 semalam.

Semalam, dolar Singapura mencecah paras tertinggi sepanjang masa berbanding ringgit, lapor Channel News Asia (CNA).

Dolar Singapura mencapai rekod tertinggi RM3.1964 pada 1.48 tengah hari Isnin, sebahagian besarnya disebabkan oleh pengukuhan dalam dolar Singapura kemudiaan susut kepada RM3.1950 pada akhir dagangan, menurut laporan berita itu yang memetik ketua analisis FX di MonFX, Simon Harvey .

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
3 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok