Parcel scam: Pesara rugi RM60,000 ditipu wakil pos, pegawai polis

May 24, 2022 · Isu semasa

Sebelum ini sudah terdapat laporan mengenai ‘Macau Scam’ dan ‘Love Scam’, tetapi kali ini seorang pesara kerugian RM60,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘parcel scam’ oleh individu yang menyamar wakil Pos Malaysia Berhad dan pegawai polis dari Sabah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata kejadian berlaku selepas lelaki warga emas berusia 72 tahun mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu disyaki menyamar wakil Pos Malaysia pada 11 Mei lalu yang memaklumkan terdapat bungkusan miliknya yang tidak dituntut.

“Mangsa tidak mengaku bungkusan mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan cek adalah miliknya. Mangsa kemudian disambungkan panggilan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah kerana dikatakan mempunyai barangan terlarang dalam bungkusan tersebut.

“Mangsa dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram dan kes dadah dan diminta menyerahkan butiran akaun miliknya bagi mengelakkan duit simpanan sedia ada dalam akaunnya dibekukan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mangsa telah menyerahkan segala butiran akaun miliknya kepada individu terbabit.

Ahmad Adnan berkata selepas menyerahkan butiran akaun bank kepada individu terbabit, mangsa juga diminta agar memindahkan wang simpanannya ke dalam dua akaun keldai yang diberikan suspek.

Katanya mangsa membuat pindahan wang masing-masing RM30,000 kepada dua akaun berasingan pada 19 dan 20 Mei lalu.

“Mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan polis semalam pada pukul 3.55 petang. Siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan tindakan licik sindiket Macau Scam dengan mendedahkan maklumat perbankan mereka kepada mana-mana pihak tidak dikenali.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Langkah kawal emosi – redha, maaf dan syukur
September 26, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok