Mesyuarat Kabinet esok bincang isu kenaikan mendadak harga barangan

May 22, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memanggil mesyuarat Kabinet lebih awal esok (23 Mei) bagi membincangkan isu kenaikan harga barang yang mendadak, selain mengkaji pemansuhan permit kelulusan (AP) beberapa lagi barangan.

Menurutnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan membentangkan laporan berkaitan isu itu, selain perancangan jangka pendek dan panjang bagi mengatasinya.

Katanya kos sara hidup yang dijangka meningkat adalah fenomena global, antaranya berikutan konflik Russia-Ukraine serta pandemik Covid-19 sebelum ini, yang turut menjejaskan pengeluaran produk dan hasil makanan.

“Mesyuarat Kabinet akan diawalkan ke esok bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan.

“Jadi esok, Isnin, saya panggil mesyuarat Kabinet untuk melihat khusus dari segi bagaimana kita hendak mengimbangi kenaikan harga barang yang mendadak ini dan saya minta KPDNHEP untuk membentangkannya.

“Begitu juga dengan makanan, bekalan makanan termasuk ayam, MAFI perlu membentangkannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, mesyuarat Kabinet biasanya diadakan pada setiap Rabu.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga sedang mengkaji pemansuhan AP lain bagi mengurangkan tekanan kekurangan barangan lain.

“Kita harap apabila AP dihapuskan, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan tekanan kita dari segi kekurangan suppy barangan, dan mungkin banyak pihak yang terlibat boleh mengurangkan harga tetapi perlu kita tunggu kesannya,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan AP bagi bahan makanan dan ia berkuatkuasa serta-merta.

Terdahulu beberapa penganalisis politik berpendapat rasa tidak puas hati orang ramai berhubung kenaikan harga barangan pengguna boleh mendorong UMNO berusaha lebih keras untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal.

Menurut mereka keadaan ketika ini membolehkan bekas parti pemerintah itu menafikan sebarang tanggungjawab terhadap kos sara hidup negara yang melonjak sejak pandemik Covid-19 dan mendakwa ia memerlukan mandat baharu yang kuat untuk menangani isu itu.

Berita berkaitan: Kenaikan harga barang bakal dorong UMNO desak PRU lebih awal

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
3 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok