Penerima dos penggalak lebih ramai dijangkiti Covid-19 sejak Februari

May 20, 2022 · Isu semasa

Penerima vaksin dos penggalak kekal menjadi penyumbang utama jangkitan harian Covid-19 semalam (Khamis, 19 Mei 2022) walaupun kes baharu masih di bawah 3,000.

Data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan daripada 2,124 jangkitan baharu semalam, 1,437 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak.

Sebanyak 440 kes lagi membabitkan individu yang telah menerima dua dos; 216 kes (tidak divaksinasi); dan 31 kes (belum lengkap divaksinasi).

Mengikut rekod Github, kes Covid-19 membabitkan penerima dos penggalak mula mencatat angka melebihi penerima dos pertama, kedua dan individu tidak divaksinasi pada 24 Februari lalu.

Pada tarikh itu, sebanyak 32,070 jangkitan baharu dilaporkan dengan 13,500 kes membabitkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 13,056 (penerima dos kedua); 5,121 (tidak divaksinasi); dan 393 (belum lengkap divaksinasi).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak atau lebih dikenali sebagai PICK-B bermula pada 13 Oktober 2021 susulan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Covid-19 (JKJAV) Bil. 18/2021 pada 30 September 2021 dalam pemberian dos penggalak kepada penerima yang telah melengkapkan suntikan vaksin dos primer.

Sehingga semalam, sebanyak 68.3 peratus atau 16,075,262 individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas telah menerima suntikan dos penggalak.

Tiada rekod kenapa penerima dos penggalak kini lebih ramai dijangkiti virus SARS-CoV-2.

Bagaimanapun, dipercayai golongan ini mengambil mudah terhadap penjagaan dan keselamatan diri kerana yakin dos ketiga itu mampu menghindarkan mereka daripada dijangkiti Covid-19.

Sementara itu daripada 4,485,419 kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam, 4,419,997 pesakit telah sembuh daripada Covid-19, manakala 29,789 kes masih aktif.

Data laman sesawang CovidNOW menunjukkan sehingga semalam, 28,569 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah; 20 ditempatkan di PKRC; 1,165 dimasukkan ke hospital; dan 35 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 lalu meningkat kepada 35,633 kes, termasuk 7,550 kes BID.

Dua kes BID yang dilaporkan semalam membabitkan masing-masing satu di Melaka dan Selangor, sementara satu kes kematian lagi juga dicatat di Selangor.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok