Orang senang sahaja tentang tanam ketum untuk perubatan: Zahidi

May 17, 2022 · Isu semasa

Hanya ‘orang senang’ dan mewah sahaja yang menentang usaha menanam ketum dan hemp bagi tujuan perubatan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sedangkan katanya, usaha itu bertujuan membantu ekonomi penduduk di kawasan luar bandar menjana pendapatan menggunakan tumbuh-tumbuhan yang banyak manfaat seperti ketum dan hemp.

“Rata-rata yang menentang penanaman ketum ini datangnya daripada golongan orang ‘senang’, padahal ia dapat membantu penduduk luar bandar untuk menjana pendapatan, jadi mereka tidak perlu lagi harapkan duit kerajaan sahaja.

“Kita ambil contoh negara jiran yang menjana pendapatan AS$ 3 bilion menerusi penanaman ketum. Bayangkan jika dua juta orang Malaysia tanam pokok ketum dan kita bayar RM1,500 kepada mereka untuk satu pokok.

“Kemudian kita bekalkan ketum ini ke negara-negara yang ingin menjadikannya bahan perubatan, tidak mustahil kita juga mampu menjana AS$ 1 bilion,” katanya memetik laporan Bh hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak – The Malaysia Book of Records (MBR), di sini hari ini. Program berkenaan sempena Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022 yang dijayakan di Taman Botani, di Putrajaya.

Pada 14 April lalu, beliau dilaporkan berkata, perbincangan mengenai kebenaran penanaman ketum dan hemp bagi tujuan perubatan mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan yang tidak mempunyai halangan dan sudah memberikan kebenaran untuk satu perbincangan dilakukan.

Perbincangan itu membabitkan pihak Ahli Parlimen Padang Besar terbabit dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung kelulusan tanaman berkenaan yang hanya diperuntukkan untuk tujuan perubatan.

Ditanya perkembangan perbincangan itu, Zahidi berkata, usaha sekarang adalah untuk mendidik masyarakat terlebih dahulu.

“Malaysia ini hebat sebenarnya, ada banyak pokok yang ada banyak kegunaan, termasuklah pokok ketum, tetapi penjelasan kepada masyarakat perlu dilakukan terlebih dahulu. Kebenaran yang dimaksudkan adalah penggunaan ketum bagi tujuan perubatan,” katanya.

Beliau juga sebelum ini dilaporkan berkata, kebenaran menanam ketum dilihat dapat membantu masyarakat luar bandar meningkatkan taraf hidup kerana prosesnya mudah, hanya memerlukan angin, matahari serta tanah dan tidak memerlukan baja selain mendapat permintaan tinggi di luar negara.

Hemp pula, katanya, adalah tanaman alternatif yang boleh digunakan untuk perubatan dan secara alternatifnya, ia sebahagian daripada program kredit karbon yang mana tumbuhan itu boleh menukar karbon dioksida kepada oksigen sebanyak tiga kali ganda.

Industri penanaman hemp kini semakin giat dibangunkan di negara luar dan sehingga kini, sebanyak 40 negara membenarkan penggunaan hemp untuk perubatan.

Malah, nilai pasaran industri berkenaan mampu mencecah RM60 bilion selain negara jiran, Thailand juga sedang mengkaji industri itu untuk pembangunan negara mereka.

Berita berkaitan
Bekal air ketum dalam lokap, empat anggota polis berdepan siasatan
November 5, 2023· Isu semasa
Jika tak boleh guna ketum, mengapa tidak dieksport? Soal Khairy
April 18, 2023· Isu semasa
Dulu kurang makan ayam, kini Rafizi kata buka tanah tanam sayur pula
February 20, 2023· Isu semasa
BN akan kalah di Perlis: Zahidi
November 13, 2022· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia isytihar seorang ‘waris’ kesultanan Sulu sebagai pengganas
April 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
14 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok