Ahli PKR keluar mengundi rendah, parti semakin ditolak rakyat

May 16, 2022 · Politik

Jumlah ahli parti yang keluar mengundi secara fizikal pada Pemilihan PKR 2022 yang memasuki hari ketiga masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan pemilihan pada 2018, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa.

Tanpa mendedahkan peratusan mengundi setakat ini, beliau berkata jumlah itu dijangka meningkat ketika hari pengundian dalam talian dari 18 hingga 20 Mei melalui aplikasi ADIL dan di Selangor serta Sabah kerana kedua-dua negeri mempunyai ahli PKR yang ramai, lapor Bernama.

“Setakat ini, ahli parti yang keluar mengundi di Terengganu, Kelantan, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Pahang memang kurang.

“Kesemua negeri juga mempunyai ahli parti yang sederhana dan rendah,” katanya semasa ditemuidi pusat pengundian cabang Wangsa Maju.

Mengulas kenyataan calon Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung masalah teknikal di beberapa kawasan termasuk membabitkan peranti, Dr Zaliha berkata JPP akan meneliti isu itu yang berlaku ketika proses pemilihan secara fizikal.

Beliau berkata jawatankuasa teknikal sentiasa memantau sistem yang terlibat dan menjelaskan tiada keperluan untuk menangguhkan pemilihan kali ini akibat masalah teknikal setakat ini.

Terdahulu, Rafizi berkata beliau akan menulis surat rasmi kepada JPP meminta masalah teknikal ketika proses pemilihan secara fizikal parti itu diselesaikan dengan segera.

Menyentuh proses pengundian hari ini, Dr Zaliha berkata proses di Wilayah Persekutuan yang melibat 14 cabang termasuk Labuan berjalan lancar walaupun terdapat sedikit ‘ketegangan’ di tiga kawasan panas iaitu Wangsa Maju, Batu dan Bandar Tun Razak.

Beliau turut memaklumkan 57 daripada keseluruhan 222 cabang telah menang tanpa bertanding bagi semua jawatan peringkat cabang pada Pemilihan PKR 2022.

Di PAHANG, Koordinator JPP Pahang Wong Ming Hui berkata 14 cabang iaitu Bentong, Bera, Cameron Highlands, Indera Mahkota, Jerantut, Kuala Krau, Kuantan, Lipis, Maran, Paya Besar, Pekan, Raub, Rompin dan Temerloh terlibat dalam pemilihan yang bermula 8.30 pagi hingga 5 petang itu.

“Pemilihan hari ini lancar dan tenang malah di setiap pusat pengundian juga mempunyai pengawas pemilih yang akan memantau proses pengundian sepanjang ia berlangsung.

“Pengundi secara fizikal dan dalam talian sama banyak dengan ahli di kawasan pedalaman serta berusia dilihat cenderung melakukan pemilihan secara fizikal,” katanya.

Pengundian bagi Pemilihan PKR 2022 akan diteruskan hari ini di Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan manakala pengundian di Selangor berlangsung pada 21 Mei.

Ahli parti di Perak, Sabah dan Sarawak pula akan menjalankan tanggungjawab mereka pada 22 Mei manakala pengundian secara dalam talian bagi ahli PKR di luar negara diadakan pada 17 Mei dan undian dalam talian bagi ahli parti selebihnya dari 18 hingga 20 Mei.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Pemuda PKR pula desak Ramasamy dipecat dari kerusi Timbalan KM
February 12, 2023
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok