Agong, PM antara pemimpin dunia ucap takziah kepada UAE

May 14, 2022 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Seri Paduka turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Sheikh Khalifa sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih serta pilu itu.

“Seri Paduka mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut hantaran di laman Facebook Istana Negara.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menzahirkan ucapan takziah kepada Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan rakyat negara itu atas kemangkatan Sheikh Khalifa.

Perdana Menteri berkata beliau sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan Pemerintah Abu Dhabi itu yang disifatkannya sebagai pemimpin berwawasan serta telah berjasa besar kepada kemajuan dan kemakmuran UAE.

Pemimpin Amerika Syarikat, Britain, Bahrain, Kuwait, Qatar, Jordan, Maghribi, Iraq, Perancis, Oman, Palestin dan Turki, serta aParlimen Arab, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), turut sama berbuat demikian.

Kuwait, bersama beberapa negara lain, mengumumkan tiga hari berkabung dengan semua kementerian dan jabatan kerajaan ditutup, manakala bendera negara dikibar separuh tiang selama 40 hari.

Sheikh Khalifa, yang dasar pemodenannya membantu mengubah UAE menjadi kuasa serantau, meninggal dunia pada semalam (13 Mei 2022) pada usia 73 tahun.

Sheikh Khalifa dilantik sebagai presiden kedua UAE pada 2004, menggantikan bapanya dan pengasas UAE Sheikh Zayed al Nahyan.

Dilahirkan pada 1948 di timur Abu Dhabi, Sheikh Khalifa adalah anak sulung Sheikh Zayed. Sebelum peranannya sebagai presiden, beliau adalah Putera Mahkota Abu Dhabi dan mengetuai Majlis Petroleum Tertinggi Abu Dhabi, yang merangka dasar minyak.

Jenazah Sheikh Khalifa dikebumikan malam tadi di tanah perkuburan Al Bateen selepas solat di Masjid Agung Sheikh Zayed.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Popular
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok