Minyak masak naik harga tiada dalam senarai akta kawalan

May 11, 2022 · Isu semasa

Minyak masak yang dilaporkan mengalami kenaikan harga sehingga RM10 bagi botol lima kilogram (kg), tidak dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 kerana ia adalah kategori minyak masak campuran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata minyak masak yang didakwa berlaku peningkatan harga seperti dilaporkan, melibatkan jenama Knife dan Red Eagle yang tidak berada dalam kategori kawalan perundangan AKHAP 2011.

“Ini kerana, ia kategori ‘minyak masak campuran’, bukan ‘minyak masak tulen’,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini berhubung dakwaan harga minyak masak melambung.

Menurut laporan harga minyak masak sebatian lima kilogram cap Red Eagle dan Knife dikatakan kini RM45 berbanding harga sebelum pandemik Covid-19 sekitar RM30 hingga RM35, lapor Bernama.

Menurut Nanta berkuat kuasa 1 Ogos lepas, harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen yang dijual dalam botol ialah RM29.70 bagi 5kg; RM18.70 ( 3kg); RM12.70 ( 2kg) dan RM6.70 bagi sekilogram.

Nanta dalam pada itu berkata peniaga bagaimanapun, tidak boleh sesuka hati ‘main’ harga minyak masak campuran di pasaran.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat mengikut AKHAP, berdasarkan asas mencatut.

Beliau berkata notis kepada premis akan dibuat mengikut Seksyen 21 AKHAP dan sekiranya wujud unsur pencatutan, tindakan perundangan boleh diambil mengikut Seksyen 14(1) akta sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM500,000 sekiranya perbadanan atau syarikat dan bagi bukan perbadanan atau individu pula boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata penguat kuasa KPDNHEP sudah dalam makluman berhubung kes berkenaan dan sedang dalam tindakan selanjutnya.

Berita berkaitan
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Harga semasa petrol dan diesel kekal, tiada penurunan
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok