Individu guna khidmat pengiring tanpa kebenaran juga akan diambil tindakan

May 11, 2022 · Isu semasa

Mana-mana individu yang menggunakan khidmat iringan trafik polis tanpa kebenaran dan melanggar undang-undang juga akan diambil tindakan, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menteri Dalam Negeri itu berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung video tular seorang anak kenamaan yang dikenalpasti sebagai anak Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menggunakan khidmat polis pengiring di Pulau Pinang.

“Jika ada kesalahan yang dilakukan anggota kita, kita akan tindakan tegas. Ketika ini siasatan dalaman masih dilakukan dan kita akan umumkan dalam sehari dua ini.

“Mereka yang menerima pengiring juga akan dikenakan tindakan sekiranya berlaku kesalahan melanggar mana-mana undang-undang. Kita akan siasat lebih lanjut untuk mendapatkan kepastian,” katanya dipetik laporan BH.

Hamzah ditemui wartawan semasa sambutan Aidilfitri PDRM, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Hamzah, hanya Ketua Polis Negara (KPN) yang boleh memberi kebenaran untuk aktiviti pengiring sedemikian dilaksanakan.

Katanya, setakat ini KDN juga tidak membenarkan sesiapa yang tidak ada dalam senarai menggunakan perkhidmatan pengiring, kecuali mereka yang sudah ditetapkan.

“SOP (Prosedur operasi standard) ini sudah jelas dan juga telah menjawab isu ini di Parlimen. Jadi tidak timbul lagi ini.

“Apa yang berlaku adalah masalah individu yang menggunakan sesuatu (perkhidmatan) yang tidak boleh digunakan,” katanya.

Baru-baru ini tular video seorang anak orang kenamaan menggunakan perkhidmatan iringan polis trafik untuk pergerakan di jalan raya.

Tindakan itu mendapat kritikan daripada warga maya yang ketika itu terpaksa berdepan kesesakan luar biasa di jalan raya seluruh negara akibat sambutan perayaan Aidilfitri.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
30 minit lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
23 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok