Dua ditahan polis pandu secara berbahaya dalam video tular

May 4, 2022 · Isu semasa

Selepas tular satu video dua kenderaan dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Utara Selatan, polis bertindak menahan dua individu lelaki hasil risikan pasukannya.

Penahanan dua pemandu bersama kenderaan masing-masing, Audi dan Toyota Wish itu disahkan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nanda Maarof hasil maklumat dan rakaman diterima Risikan Operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

“Hasil siasatan mendapati suspek pertama yang memandu kereta jenis Audi A4 seorang lelaki berusia 36 tahun manakala suspek kedua yang memandu kereta jenis Toyota Wish seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Suspek pertama hadir menyerah diri pada 2 Mei 2022 pada pukul lebih kurang pukul 9 malam manakala suspek kedua iaitu pemandu Toyota Wish pula hadir serah diri pada pada pukul 6.45 petang semalam. Kedua-dua suspek bersama kenderaan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, polis dilaporkan sedang mengesan pemandu atau pemilik dua buah kenderaan yang dipandu secara berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Kilometer 269 hingga Kilometer 238 arah Selatan.

Rakaman video kejadian berkenaan yang berdurasi satu minit 50 saat turut tular dalam media sosial.

Sementara itu, Nanda memberitahu, hasil siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu kereta Audi A4 hendak menarik kereta jenis Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan.

“Pemandu kereta Toyota Wish bagaimanapun enggan berhenti dan mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya

Berita berkaitan
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Menteri bidas tindakan bekas pemain badminton negara keluar kata-kata perkauman
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
6 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok