Syukur hari raya kembali disambut dalam suasana normal: Muhyiddin

May 2, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa bersyukur selepas rakyat dapat kembali menyambut hari raya tahun ini dalam suasana normal selepas dua tahun dibelenggu dengan pandemik Covid-19.

Mantan Perdana Menteri itu berkata sambutan hari raya yang disambut pada Isnin dengan kemeriahan orang ramai pulang ke kampung halaman adalah hasil hasil komitmen dan disiplin rakyat secara keseluruhannya, dalam memerangi Covid-19.

Selain itu, menurut Muhyiddin, terbukti langkah serta pendekatan drastik kerajaan sejak awal pandemik bermula lagi adalah tepat apabila hampir semua rakyat sudah menerima vaksin dan penularan dapat dilandaikan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, ia termasuk pelbagai bentuk inisiatif pemulihan negara yang giat dilaksanakan bagi memastikan Malaysia dapat keluar daripada belenggu pandemik, sekali gus rakyat kembali menjalani kehidupan biasa.

“Saya bersyukur kerana beberapa cadangan dan syor yang dibuat oleh Majlis Pemulihan Negara yang saya sendiri pengerusikan diterima kerajaan.

“Antaranya pembukaan pintu sempadan negara sepenuhnya serta peralihan ke fasa endemik mulai 1 April lalu yang menjadi ‘exit strategy’ (strategi keluar) bagi membolehkan rakyat kembali kepada kehidupan normal,” katanya dalam ucapan sempena Aidilfitri yang akan disambut esok.

Susulan Aidilfitri yang akan disambut dalam keadaan normal, Muhyiddin berkata, perayaan itu sudah pasti ditunggu-tunggu oleh semua orang kerana sudah dua kali sambutan itu tidak dapat diraikan dalam suasana perayaan yang sebenarnya, gara-gara pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah tahun ini, Insya-Allah suasana berhari raya kita kembali normal seperti tahun-tahun sebelum pandemik Covid-19, walaupun masih mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya.

Presiden Bersatu itu turut sempat menitipkan nasihat buat mereka yang merancang untuk pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati apabila memandu di jalan raya.

Katanya, kepatuhan kepada peraturan jalan raya dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain adalah perkara mustahak yang perlu dititikberatkan.

“Kalau rasa penat, berhenti dan berehat seketika atau bergilir memandu dengan ahli keluarga lain. Saya doakan saudara-saudari dilindungi Allah dan selamat sepanjang perjalanan pergi dan balik,” katanya.

Dalam ucapannya, Muhyiddin turut menggesa semua pihak yang gembira dan teruja menyambut lebaran kali ini supaya jangan sesekali melupakan golongan tidak bernasib baik, yang berada dalam kesusahan, kesempitan hidup atau dihimpit kemiskinan.

Justeru, beliau mengajak semua bersama-sama membantu golongan yang tidak bernasib baik ini bagi memberikan mereka sedikit kegembiraan menyambut Aidilfitri.

“Begitulah juga dengan saudara seagama kita di negara-negara bergolak seperti di Palestin, Syria, Iraq dan beberapa negara lagi yang menyambut 1 Syawal dalam keadaan perang yang masih tidak berkesudahan.

“Walaupun kita tidak dapat membantu secara fizikal, marilah kita sama-sama berdoa agar konflik yang sedang melanda negara mereka cepat berakhir dan rakyat dapat kembali menjalani kehidupan dalam suasana aman damai,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Petunjuk ekonomi positif, IMF unjur pertumbuhan KDNK 6.5%
April 7, 2021
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
10 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok