Jika Dr M ingin masuk PN, ia dialu-alukan: Zuraida

April 23, 2021 · Politik

Tidak ada halangan buat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika ingin menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Datuk Zuraida Kamaruddin.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata mereka sedia membuka pintu buat Dr Mahathir jika berhasrat mahu menyertai PN dan semestinya ia membuktikan keupayaan pentadbiran PN sehingga bekas perdana menteri paling lama itu ingin menyertai parti lamanya itu semula.

“Saya amat mengalu-alukan sekiranya Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) sertai PN,” katanya menurut laporan Bernama.

Terdahulu, beliau menghadiri program Srikandi Muda Leadership Empowerment.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau pernah menyuarakan cadangan agar PN menjalinkan kerjasama dengan Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini.

Media baru-baru ini melaporkan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata gabungan itu sedia menerima mana-mana individu untuk menyertainya termasuk Dr Mahathir, namun perlu mengikut semua ketetapan perlembagaan parti tanpa sebarang syarat.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebelum ini mengulangi pendiriannya yang beliau sedia menimbang kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PN hanya sekiranya tiada ‘penyangak’ dalam parti berkenaan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Ini kali pertama dapat Perdana Menteri yang kita rasa malu: Ahmad Fadhli
June 21, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok