Tahanan Rohingya lolos tahu selok-belok dalam negara: Polis Kedah

April 28, 2022 · Isu semasa

Sebahagian besar daripada 61 pelarian etnik Rohingya yang masih lolos selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada 20 April lepas dipercayai mahir mengenai keadaan negara ini.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata 50 daripada mereka didapati telah berada di negara ini antara dua hingga tiga tahun membolehkan mereka tahu untuk mengelak diri daripada dikesan dan ditahan semula oleh polis, lapor Bernama.

Bagaimanapun katanya polis akan terus mempergiat operasi mengesan tahanan itu yang terdiri daripada 51 lelaki, enam wanita, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Operasi masih berjalan dengan polis telah membuat pembilasan hampir 90 peratus di kawasan hutan dan sekitar Bandar Baharu, tetapi dua hari ini memang tiada sebarang penemuan baki tahanan.

“Kebelakangan ini, tangkapan semula banyak dilakukan di kawasan Pulau Pinang dan kita percaya tahanan ini ada di Seberang Perai Selatan dan kawasan sekitar. Kita juga dapati 50 daripada 61 tahanan ini telah lama tinggal di negara ini manakala 11 tahanan yang lain masih baharu di sini,” katanya mengulas mengenai perkembangan terbaharu operasi mengesan tahanan yang masih lolos.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Wan Hassan berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan bahawa 50 tahanan yang mempunyai pengetahuan mengenai selok-belok negara ini membuat perancangan untuk mengelakkan daripada dikesan dengan menggunakan wanita dan kanak-kanak.

“Tengok cara mereka larikan diri, mereka pergi ke lebuh raya Seberang Perai Selatan dan bukannya ke kawasan sekitar Bandar Baharu kerana mereka sudah ada pengetahuan mengenai negara ini,” katanya.

Menurut Wan Hassan, siasatan sedang dilakukan ke atas tahanan yang dipercayai sebagai dalang dalam kejadian itu dan sebarang maklumat tidak boleh didedahkan buat masa ini.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok