Tanah lapangan terbang: Tindakan Aziz Bari persoal kredibiliti SPRM tak adil

April 26, 2022 · Isu semasa

Kenyataan Ketua Pembangkang Perak Abdul Aziz Bari yang mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendakwa ia mempunyai kekangan berhubung siasatan isu penjualan tanah lapangan terbang Seri Iskandar, adalah tidak adil.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azmu berkata ini kerana beliau berpandangan badan penguat kuasa itu telah bertindak dengan baik dan sedang menjalankan siasatan secara terperinci, lapor Bernama.

“Berilah peluang kepada mereka menjalankan siasatan sedalamnya dan secara terperinci, sebelum mengambil tindakan seterusnya.

“Jadi saya harap beliau sendiri (Abdul Aziz) selaku bekas exco kerajaan negeri boleh memberi kerjasama seperti saya dan semua warga Malaysia, yang bertanggungjawab terhadap apa jua perkara dan apabila ada siasatan yang melibatkan pihak berkuasa, kita mesti memberi kerjasama yang sepenuhnya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berbuka puasa bersama warga Kem Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di Ipoh, semalam.

Ditanya mengenai Abdul Aziz yang dilaporkan mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan, Ahmad Faizal berkata selain SPRM, pihak PAC juga boleh mengambil tindakan sendiri dalam bidang kuasa masing-masing.

Terdahulu, Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini dilaporkan berkata kesediaan Ahmad Faizal untuk disiasat oleh SPRM, berhubung isu berkenaan disifatkan tidak membawa kepada jalan penyelesaian.

Abdul Aziz mendakwa SPRM sendiri mempunyai beberapa kekangan, termasuk tidak mempunyai kuasa pemutus dalam pendakwaan yang berada di tangan Peguam Negara.

Justeru, Abdul Aziz mendesak PAC Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Selepas Najib, bayaran penasihat pentadbiran Ismail Sabri kedua tertinggi
December 13, 2021
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok