Pakej taubat RM20 kaut untung, menipu, kata Mufti Kelantan

April 25, 2022 · Isu semasa

Pakej taubat dengan bayaran RM20 yang ditawarkan dalam laman sosial bertujuan mengaut keuntungan semata-mata dan menunjukkan kejahilan masyarakat, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata tindakan mengupah taubat itu perlu dihentikan segera kerana ia berunsurkan penipuan.

“Bertaubat ini perlulah berlaku secara langsung dengan Allah, kecuali dengan manusia kita hendaklah mendapat kemaafan daripada sesama manusia sekiranya ada melakukan kesalahan.

“Dengan Tuhan (Allah), kita boleh terus memohon keampunan untuk memohon taubat tiada upah untuk bayaran kerana kesalahan seseorang itu hanya dia sahaja yang mengetahuinya dan individu yang mengambil kesempatan terhadap orang lain dianggap jahil,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kemunculan laman sosial yang didakwa menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.

Terdahulu, Mohamad Shukri menghadiri Majlis Penerangan Kesedaran Zakat Pertanian dan Zakat Penternakan Serta Muamalat dalam Pertanian Negeri Kelantan.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai individu yang mengambil upah doa taubat di Kelantan, lapor Bernama.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Shukri berkata berdasarkan fatwa Kelantan, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 tidak wajib membayar zakat kerana belum mencapai nisab yang ditetapkan.

“Pencarum-pencarum yang menyimpan wang dalam KWSP dianggap belum sempurna, ia bermaksud mereka bebas menguruskan wang yang dikeluarkan termasuk membeli barangan kemas dan apa sahaja keperluan mereka.

“Kadar nisab yang mencapai syarat minimum ialah RM20,000 ke atas wajib membayar zakat, oleh itu pengeluaran RM10,000 belum mencapai nisab, sekiranya pencarum mahu membayar zakat, ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Berita berkaitan
Tiada penyelewengan dana pakej rangsangan ekonomi Kedah: SPRM
February 15, 2023· Isu semasa
Tidak ada apa-apa tidak kena, kata Zafrul berhubung pakej rangsangan sejak 2020
January 5, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
November 29, 2022· Isu semasa
Polis KL rujuk kertas siasatan penipuan pakej haji kepada AGC
July 20, 2022· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Cukai terhadap produk bergula mampu bantu atasi masalah diabetes
November 15, 2021
Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?
June 25, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok