Polis jangka 1.4 juta kenderaan masuk Kedah pada Aidilfitri

April 23, 2022 · Isu semasa

Polis menjangkakan lebih 1.4 juta kenderaan akan memasuki Kedah pada sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Supt Mohd Mahiri Hussin berkata peningkatan kenderaan itu adalah kerana tahun ini masyarakat dapat pulang menyambut Aidilfitri di kampung selepas dua tahun tidak dapat beraya akibat pandemik Covid-19, lapor Bernama.

“Kita jangka tahun ini lebih 1.4 juta kenderaan akan masuk ke Kedah berbanding dua tahun lepas iaitu sekitar 500,000 kenderaan. Ini kerana sudah dua tahun kita tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya, jadi apabila sudah dibenarkan tahun ini memang akan ramai yang masuk ke negeri ini.

“Kita juga telah menubuhkan pasukan khas yang akan mengawal dan memantau kesalahan lalu lintas terutamanya di daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim dan Kubang Pasu yang lebih sibuk dan mempunyai kadar kemalangan yang lebih tinggi berbanding daerah lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau telah melancarkan Program Jelajah Pra Op Selamat 18 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Petronas di Petronas Anak Bukit, dekat sini sempena sambutan Aidilfitri.

Mohd Mahiri berkata bagi memastikan kelancaran lalu lintas di Kedah, lebih 400 anggota bahagian trafik akan bertugas menjaga dan mengawal lalu lintas sepanjang Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula 29 April hingga 8 Mei ini.

“Polis juga akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap samseng jalan raya terutamanya penunggang motosikal yang menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba dan menjalankan aktiviti merempit.

“Lokasi mat-mat rempit ini kita sudah kenal pasti antaranya di Alor Setar, Pokok Sena, Gurun dan Sungai Petani. Jadi, polis ingat menasihati penunggang motosikal terutamanya golongan muda supaya sentiasa mematuhi peraturan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa juga diminta untuk memantau keberadaan anak-anak mereka terutamanya golongan remaja yang suka keluar pada waktu malam kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok