Anwar tegur Rafizi terlalu lantang

April 20, 2022 · Politik

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat bahawa Rafizi Ramli, yang kembali aktif di persada politik tanah air baru-baru ini perlu mengambil pendekatan lebih lembut dalam mendepani isu-isu semasa.

Walaupun beliau percaya Rafizi berniat baik dalam kritikan yang dilemparkannya kepada Pakatan Harapan, Anwar mengakui berasa kurang senang dengan pendekatan konfrontasi Rafizi.

“Rafizi sosoknya agak keras,” kata Anwar, sebelum menambah, “tetapi boleh berunding, tak ada masalah.”

“Saya tak lihat semua kritikan itu (oleh Rafizi) kritikan terhadap presiden. Dia mahu melihat, menarik satu kaedah yang boleh membantu (PKR).

“(Tapi) Kalau tanya saya, bagi nasihat, dia tak payah umpamanya keras dalam semua hal terutamanya terhadap parti,” katanya dalam wawancaranya bersama beberapa media mesra PH baru-baru ini.

Anwar berkata PKR menganjurkan kebebasan bersuara namun menegaskan bahawa kepentingan parti tetap perlu dijaga oleh mana-mana ahli.

“Ada benda yang dianggap itu tidak tepat (oleh pengkritik). Umpamanya (isu) ‘khemah besar’. (Rafizi) tidak tepat sama sekali,” katanya.

Rafizi, yang juga bekas setiausaha agung PKR, mengkritik komponen PH, Parti Amanah Negara (PAN)  dan DAP kerana melobi PH untuk menggunakan pendekatan “khemah besar” bagi mencari rakan baharu untuk menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berpendapat pendekatan tersebut seumpama mencari “khemah baharu” dan tidak mampu menyelesaikan masalah sedia ada yang dihadapi blok pembangkang.

Anwar berkata isu tersebut tidak berbangkit dikalangan pimpinan PKR justeru tidak relevan bagi Rafizi untuk terus mempersoalkannya dan terus memusuhi komponen-komponen PH yang lain.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian bagi mengulas pencalonan Rafizi untuk jawatan timbalan presiden PKR.

Dalam pemilihan PKR bagi sesi 2022-2024, Rafizi akan berdepan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam satu pertarungan satu lawan satu.

Untuk rekod, Rafizi pernah cuba merebut jawatan kedua tertinggi PKR itu pada 2018 namun tumpas kepada Datuk Seri Azmin Ali yang kemudiannya keluar dari PKR dan menyertai Bersatu susulan dari ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan Persekutuan PH tumbang hanya selepas 22 bulan dibentuk.

Rafizi dan Saifuddin dikenali sebagai orang kepercayaan Anwar dan kedua-dua mereka berada dalam kem yang sama pada pemilihan parti yang lalu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
20 jam lalu· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Shahidan beri amaran dedah banyak rahsia ‘pemimpin’ UMNO
April 24, 2021
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok