Syarikat penerbangan dinasihati tak kenakan harga tiket mahal

April 17, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini.

Menurutnya berdasarkan laporan media, harga tiket penerbangan dikatakan naik sehingga 500 peratus pada musim perayaan, dan beliau menyifatkan ia sebagai ‘agak melampau’ kerana rakyat tidak mempunyai alternatif untuk ke negeri-negeri berkenaan selain dengan menaiki kapal terbang, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata sudah meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk meneliti jika berlaku perlanggaran di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 berhubung kenaikan harga itu.

“KPDNHEP perlu tegas terhadap mana-mana pihak, tidak kira syarikat besar atau kecil yang mengambil untung berlebihan di bawah AKHAP… tindakan segera perlu diambil untuk menjaga kepentingan rakyat.

“Kita tidak akan membiarkan peniaga mengambil kesempatan pada waktu (sambutan) Hari Raya atau puasa untuk memberi tekanan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pasar raya MG CoopMart milik Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera Berhad (Kopbera) dan Jualan Harga Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia Parlimen Bera di sini hari ini.

Berita berkaitan
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
MP Putrajaya kongsi surat tular kepada pelajar minta tonton filem Anwar
May 24, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Pekerja kontraktor Petronas raih sumbangan RM91,000 direman
September 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok