MP Putrajaya kongsi surat tular kepada pelajar minta tonton filem Anwar

May 24, 2023 · Politik

Surat tular sebuah sekolah kepada ibu bapa atau penjaga yang meminta kebenaran untuk pelajar menonton filem Anwar The Untold Story dikongsi Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dalam akaun Facebooknya.

Kandungan tersebut menyatakan jemputan itu dibuat kepada pelajar tingkatan enam untuk menonton filem tersebut bersama-sama dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada 23 Mei lalu di GSC Alamanda.

“Sukacita dimaklumkan, pejabat Menteri Pendidikan telah menjemput pelajar tingkatan 6 SMKPP 5(1) untuk bersama-sama BM Fadhlina binti Sidek untuk menonton tayangan eksklusif ‘Anwar The Untold Story’,” kata surat tersebut bertarikh 23 Mei.

Agenda Daily cuba mendapatkan pengesahan berhubung surat tular tersebut dengan Menteri terbabit.

Radzi yang juga bekas Menteri Pendidikan turut berkongsi Memo dari Pejabat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur yang menjemput anggotanya untuk menghadiri tayangan amal filem tersebut pada 20 Mei lalu di GSC IOI Mall Putrajaya.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengadakan Tayangan Amal Filem: Anwar, The Untold Story,” kata surat bertarikh 19 Mei itu.

Pengesahan berhubung surat itu juga sedang dibuat dengan agensi terbabit.

Dalam hantaran sama, Radzi menghantar komen sindiran dengan menulis, “Sedang viral. The Unsold Story?” dan perkongsian tersebut setakat ini mendapat 413 komen oleh pengguna media sosial.

Majoriti pengguna media sosial mengkritik dan menyindir tindakan pihak terbabit yang mengeluarkan surat tersebut.

Anwar: The Untold Story dibintangi Farid Kamil yang memegang watak Anwar, manakala aktres popular Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.

Selain itu, filem berdurasi berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berdurasi 108 minit turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Ia menemui penonton di 124 pawagam seluruh Malaysia sejak 18 Mei lalu.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
3 jam lalu· Isu semasa
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
19 jam lalu· Politik
Bijak bezakan peranan parti politik dan kerajaan
20 jam lalu· Isu semasa
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
3 jam lalu · Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
4 jam lalu · Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
7 jam lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
7 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok