SIRIM buat ujian, kawalan ketat pelitup muka bukan perubatan

April 12, 2022 · Isu semasa

SIRIM Berhad menegaskan mengenai komitmennya terhadap keselamatan awam bagi memastikan kawalan kualiti yang ketat terhadap pengeluaran pelitup muka bukan perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Nur Fadhilah Muhammad berkata pihaknya telah melakukan ujian ketat, pemeriksaan dan pensijilan terhadap pelitup muka bukan perubatan yang dijual di pasaran bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk berkenaan.

“Kini, terdapat begitu banyak pelitup muka bukan perubatan di pasaran. Pengguna perlu tahu bahawa produk yang dibeli mereka adalah berkualiti, selamat dan berfungsi dengan baik.

“Ujian yang kami lakukan akan menentukan sama ada ia melindungi pengguna daripada agen berjangkit atau sama ada pengguna selesa menggunakannya selain dapat bernafas dengan baik.

“Di SIRIM QAS International, kami amat mengutamakan keselamatan pengguna. Ini sentiasa menjadi objektif bagi semua ujian dan pensijilan kami, terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan.

“Kita juga memastikan penelitian dilakukan terhadap pelitup muka, kerana kita bukan sahaja berperanan melindungi rakyat daripada virus COVID-19, tetapi juga akan terus menjaga kesihatan dan kebersihan masyarakat umum,” kata Nur Fadhilah seperti dilapor Bernama.

Prosedur itu dijalankan terhadap semua jenis pelitup muka bukan perubatan, yang diuji berdasarkan piawaian SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 atau BS EN 149.

Hanya selepas menjalani audit pensijilan dan lulus semua ujian, sesuatu produk itu akan diberi label MS SIRIM, yang diiktiraf oleh pengguna sebagai jaminan bahawa ia selari dengan tujuan produk dan selamat digunakan.

Nur Fadhilah berkata SIRIM QAS International juga bersedia membantu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mematuhi peraturan dan menunjukkan bahawa mereka mengutamakan kepentingan dan keselamatan pengguna.

“Saya menggesa semua pihak yang berkaitan untuk menghubungi SIRIM QAS International untuk sebarang penjelasan dan nasihat lanjut mengenai proses ujian dan pensijilan,” katanya.

Pada 7 April, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan berkuat kuasa 1 Jan 2023, pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai pensijilan dan pelabelan SIRIM sebelum ia dijual di Malaysia.

Syarikat yang gagal mematuhi peraturan boleh didenda sehingga RM200,000 bagi kesalahan pertama dan meningkat tidak melebihi RM500,000 untuk kesalahan berikutnya.

Bagi individu (pengilang/pengimport), pesalah kali pertama boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita berkaitan
Selepas pusingan U isu subsidi, kerajaan juga umum teruskan biasiswa JPA
June 11, 2023· Isu semasa
Keputusan henti tajaan perubatan, KKM mahu bincang dengan JPA
June 11, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Melaka keluar amaran lonjakan kes harian Covid-19, pakai pelitup muka
April 22, 2023· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok