Debat dengan Anwar selepas Ramadan, Najib nak tumpu ibadat

April 11, 2022 · Politik

Datuk Seri Najib Razak akan berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas berakhir Ramadan nanti.

Bekas Perdana Menteri yang berdepan sabitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan beberapa pertuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mahkamah itu berkata mahu menumpukan ibadat semasa bulan Ramadan dan sedang berunding tarikh yang sesuai untuk mengadakan debat tersebut.

“Kita sedang runding selepas Ramadan dan orang kata tak sesuai kalau dibuat di bulan puasa sebab kita nak beri tumpuan kepada ibadat,” katanya dipetik laporan media.

Untuk rekod, Najib sebelum ini dicabar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tetapi sebaliknya mencabar Anwar untuk berdebat berhubung isu Sapura.

Ia bermula susulan cabaran yang dibuat oleh bekas Ahli Parlimen (MP) Pandan itu berhubung isu melibatkan Sapura yang sedang berdepan isu aliran kewangan.

Dijangkakan program debat itu bakal disiarkan secara langsung, dan beberapa agensi media dilaporkan sedang berbincang untuk menganjurkan acara itu.

Anwar sudah mengesahkan cabaran Najib itu dan berkata pendiriannya kekal tidak berubah sejak pertama kali mencabar Najib untuk berdebat mengenai ekonomi lebih sedekad lalu, yang akhirnya tidak berlaku.

Sapura ialah syarikat senarai awam yang telah menerima pelaburan besar daripada syarikat milik kerajaan iaitu, Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang bertanggungjawab ke atas dana seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.

PNB memegang 40 peratus kepentingan dalam Sapura, meningkat daripada 10 peratus daripada 2018 kerana ia terus menyalurkan dana kepada syarikat bermasalah itu.

Bagaimanapun, Sapura baru-baru ini memerlukan bantuan kewangan seterusnya yang menimbulkan persoalan sama ada PNB perlu terus menyuntik dana untuk mengeluarkan firma itu daripada masalah kewangannya.

Najib telah mencadangkan bail out kerajaan bagi menyelamatkan Sapura, ia bagaimanapun dibantah Rafizi dengan menyifatkan pengurusan baru syarikat itu mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Berita berkaitan
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Tohmahan dibuat untuk tutup kepincangan isu lantik anak jadi penasihat: Muhyiddin
February 9, 2023
Anwar kata tak peduli jika tindakan dianggap bermotif politik: Laporan
March 11, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok