Penyampai stesen radio di Tawau mohon maaf selepas siar azan maghrib awal

April 4, 2022 · Isu semasa

Seorang penyampai stesen radio tempatan di Tawau, Sabah tampil memohon maaf berikutan kesilapannya menyiarkan azan maghrib empat minit lebih awal di daerah ini.

Mohd Safwan Junit menerusi akaun Facebooknya Mohd Safwan menjelaskan berlaku kesilapan teknikal dengan penyiaran dua kali azan maghrib iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang, menurut laporan Bernama.

“Saya, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu.

Sementara itu Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif ketika dihubungi Bernama berkata perkara itu perlu dirujuk Mufti Sabah Datuk Bungsu Jaafar untuk maklumat dan tindakan lanjut, namun Bungsu sehingga berita ini ditulis masih tidak memberikan sebarang jawapan.

Umat Islam mula berpuasa pada Ahad yang merupakan hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa Ramadan.

Berita berkaitan
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
March 22, 2023· Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
March 22, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok