MySejahtera: Rundingan kerajaan tak sampai RM300 juta, kata Khairy

March 31, 2022 · Isu semasa

Kerajaan belum meluluskan atau membuat apa-apa pembayaran kepada pengendali aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM), akan memastikan sebarang keputusan berhubung kos pembayaran akan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat.

“Justeru, rundingan yang masih berjalan ketika ini akan diusahakan sebaik mungkin untuk mencapai situasi menang-menang, yang seterusnya akan memastikan isu ini dapat mencapai kata putus.

“Harga yang saya dengar di pasaran RM300 juta lebih, saya boleh nyatakan di sini bahawa harga yang kita runding ini jauh kurang daripada RM300 juta.

“Kita akan dapat satu kos yang sebenar yang menjaga kepentingan awam,” katanya ketika menggulung usul perbahasan berkaitan aplikasi MySejahtera pada persidangan Dewan Negara hari ini, seperti dilapor Bernama.

Kerajaan kini dalam peringkat akhir berhubung perkara itu, dan ia hampir ke tahap untuk menandatangani kontrak, katanya menjawab celahan Senator Fadhlina Sidek yang ingin tahu status rundingan berhubung bayaran kepada pengendali MySejahtera.

Sementara itu, Khairy juga memaklumkan setiap data dan maklumat yang diperoleh menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera, adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan Malaysia.

Katanya perkara itu merupakan antara terma utama yang terkandung dalam Perjanjian Ketakdedahan (NDA) antara Majlis Keselamatan Negara di pihak kerajaan dengan KPISOFT pada 1 April 2020.

Justeru, beliau memberi jaminan segala data yang tersimpan di dalam pangkalan data MySejahtera adalah terpelihara, dan hanya bagi tujuan kawalan pandemik oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dalam hal ini, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dan piawaian antarabangsa.

“Selain itu, transaksi data daripada aplikasi MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan setiap hari, dan hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi MySejahtera serta aplikasi sokongan yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 sahaja,” katanya semasa menggulung usul berkaitan aplikasi MySejahtera di Dewan Negara hari ini.

Berhubung keselamatan aplikasi dan data pula, beliau berkata pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), menjalankan pelbagai ujian bagi memastikan aplikasi itu selamat, pengujian penembusan dan kerentanan) sebelum ia dilancarkan.

Selain itu, katanya NACSA juga menjalankan audit keselamatan berkala setiap bulan, dan melaksanakan ujian penembusan dari semasa ke semasa, selain turut melaksanakan jejak audit kepada server yang menyimpan data MySejahtera ini.

“Kalau ada sesiapa yang cuba log masuk ambil data daripada server kita, kita akan tahu siapa log masuk data itu,” katanya.

NACSA melalui Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4) juga memantau keselamatan secara berterusan ke atas aplikasi MySejahtera, untuk mengesan sebarang pencerobohan selain hasil semakan juga mendapati syarikat pengendali aplikasi MySejahtera ini juga telah menerima piawaian ISO270001 (ISMS).

Katanya piawaian ini ialah spesifikasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat, meliputi dasar dan pengurusan keselamatan maklumat, keselamatan fizikal dan persekitaran, keselamatan komunikasi dan keselamatan sumber manusia.

“Berdasarkan fakta-fakta ini, saya ingin menekan bahawa setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan dan terjamin keselamatan dan kerahsiaannya.

“Saya berharap orang ramai akan terus menggunakan aplikasi MySejahtera tanpa ragu-ragu. Kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi,” katanya.

Berita berkaitan
Isu caj QR, ini keadaannya apabila ada ‘menteri kewangan sambilan’: Khairy
October 4, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok