571,000 petugas barisan hadapan sudah terima dos pertama

April 20, 2021 · Isu semasa

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata pemberian suntikan vaksin kepada petugas barisan hadapan dijangka selesai hujung bulan ini.

Beliau menganggarkan kira-kira 95 peratus daripada sejumlah 571,000 petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin di bawah fasa pertama PICK.

“Di Melaka sendiri sebahagian besar petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin yang lengkap, manakala bakinya sedang menunggu untuk melengkapkan suntikan dos kedua,” katanya meninjau PICK di Melaka Tengah, hari ini.

Katanya, berdasarkan data pada hari pertama fasa kedua PICK, kira-kira 84 peratus mereka yang dipanggil dalam temu janji hadir untuk menerima vaksin.

“Ada yang meminta untuk menjadualkan semula temu janji. Vaksin tidak dibazirkan tetapi diberikan kepada sukarelawan. Kami akan meningkatkan strategi untuk menambah kadar kehadiran,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi berkata, 84 peratus atau 528 daripada 540 dos vaksin berjaya diberikan pada hari pertama fasa kedua PICK di Melaka.

Khairy berkata, 16 peratus individu di bawah fasa kedua tidak hadir atas pelbagai sebab dan pihaknya akan memperincikan perkara berkenaan selepas ini.

Khairy berkata, sepatutnya kehadiran penerima suntikan vaksin fasa kedua pada hari pertama semalam antara 95 hingga 100 peratus namun pihaknya berpuas hati dengan kehadiran 84 peratus sekali gus menunjukkan orang ramai yakin dengan vaksin yang diberi kerajaan.

Berita berkaitan
UMNO berada dalam kegelapan selama-lamanya: KJ
July 1, 2023· Politik
PMX telefon saya, jadi saya pergi berikan pendapat: Khairy
June 22, 2023· Politik
Pertemuan PMX dengan Khairy untuk dengar pandangan saja, kata Rafizi
June 20, 2023· Politik
Rombakan Kabinet, bagaimana jika PMX ganti Rafizi dengan Khairy?
June 17, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok