Azmin akan bentang dasar pelaburan baharu sasar tarik pelabur

April 20, 2021 · Isu semasa

Bagi menjadikan Malaysia sebagai daya tarikan pelabur berkualiti, satu dasar pelaburan baharu akan dibentang kepada Kabinet pada Rabu ini, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata rangka dasar itu adalah salah satu langkah proaktif kerajaan ke arah menjadikan negara sebuah negara berpendapatan tinggi dan pelan tersebut dijangka dilaksanakan serta-merta.

“Dasar yang akan diperkenalkan ini memberi tumpuan kepada bidang inovasi, teknologi dan digital. Malah dalam lawatan kerja saya ke Korea Selatan dan Jepun baru-baru ini, mereka turut menyambut baik pelaksanaan dasar pelaburan baharu itu,” katanya dipetik Bernama semalam.

Mohamed Azmin berkata dasar baharu itu juga adalah sejajar dengan garis panduan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Dalam pada itu, Azmin juga mengulas berhubung pelaburan baharu syarikat gergasi teknologi global Microsoft yang dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mengatakan ia adalah bukti bahawa pelabur asing masih yakin untuk melabur di Malaysia dan menjadi hab utama pelaburan mereka.

“Justeru itu, negara juga perlu bersedia untuk menyediakan dan mengetengahkan tenaga kerja dan bakat tempatan bagi memenuhi keperluan industri ini,” katanya.

Hari ini, negara menyaksikan kerjasama dengan syarikat itu dengan pelaburan asing berjumlah US$1 bilion (RM4 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang bagi penubuhan pusat data serantau yang pertama di Malaysia.

Pelaburan itu dijangka berupaya menjana pendapatan baharu kira-kira US$4.6 bilion (RM19 bilion) selain membantu mewujudkan 19,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 pekerjaan berkaitan teknologi maklumat untuk rakyat tempatan.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Scam pelaburan Forex: Polis tahan 58 individu
October 20, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok