Polis perketat syarat rentas negeri

April 19, 2021 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan lagi pergerakan rentas negeri susulan peningkatan kes baharu Covid-19 di seluruh negara sejak empat hari lalu.

Pergerakan rentas negeri kini hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian sahaja,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, hari ini.

“Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan kematian yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kebenaran rentas negeri juga akan diberi bagi tujuan perubatan, pendidikan dan pasangan jarak jauh.

Acryl Sani menegaskan, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial, seperti menghadiri majlis perkahwinan atau kenduri tidak dibenarkan sama sekali.

“Aturan ini akan berterusan sehingga selepas hari raya Aidilfitri. Mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas,” katanya.

Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis. Kecuali kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh boleh melakukannya juga pada Jumaat hingga Ahad.

Acryl Sani juga berkata, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau sudah diarah ke semua bazar Ramadanuntuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan tersebut dihentikan,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Adibah Noor meninggal dunia, Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga
June 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok