Sekolah dalam zon merah di Sarawak ditutup 14 hari mulai esok

April 19, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Sarawak mengarahkan semua sekolah yang berada dalam zon merah di negeri ini ditutup selama 14 hari mulai esok, susulan trend peningkatan kes jangkitan baharu COVID-19 di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu diputuskan selepas membuat penilaian mengenai jangkitan di kawasan sekolah yang boleh berjangkit kepada pelajar, ibu bapa dan guru.

“Demi kesihatan anak dan masyarakat setempat, kerajaan Sarawak memutuskan untuk menutup semua sekolah di kawasan merah,” katanya pada sidang media khas penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Setakat semalam sebanyak 18 daerah di Sarawak masih berada dalam zon merah dengan jumlah keseluruhan jangkitan mencecah 508 kes baharu, lapor Bernama.

Mengulas tindakan Sarawak melaksanakan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berbanding Perintah kawalan Pergerakan (PKP), beliau berkata penilaian lapangan yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) ini mendapati penguatkuasaan PKP agak sukar untuk dilaksanakan buat masa ini.

Menurut Abang Johari, seandainya Sarawak menguatkuasakan PKP, ia hanya akan membebankan banyak industri dan ramai rakyat Sarawak akan hilang pekerjaan dan dihimpit dengan kesukaran hidup.

“Setelah mempertimbangkan semua isu dan menilai risikonya, JPBN telah memutuskan untuk terus melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah yang disasarkan kerana langkah ini terbukti berhasil (seperti dilaksanakan) di rumah panjang, kawasan kejiranan dan tempat kerja sebelum ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok