455 penternak sudah terima bantuan banjir sebanyak RM5.6 juta

February 17, 2022 · Isu semasa

Sebanyak RM5.6 juta bantuan banjir diluluskan bagi membantu 455 penternak di seluruh negara yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di bawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata bantuan itu membabitkan penternak di sembilan negeri yang mengalami kerugian dianggarkan bernilai lebih RM11.6 juta akibat banjir, menurut laporan Bernama.

“Bantuan ini bagi meringankan beban mereka memulihkan semula kerja-kerja penternakan selepas terjejas akibat banjir,” katanya kepada pemberita selepas melawat ladang penternak yang terjejas akibat banjir di Kampung Pandan Dua di sini hari ini.

Beliau berkata Selangor merekodkan kerugian tertinggi dengan anggaran RM4.8 juta melibatkan 122 orang penternak diikuti Johor (RM2.78 juta, 124 penternak), Pahang (RM2.5 juta, 93 penternak) dan Negeri Sembilan (RM1.05 juta, 60 orang).

Sehubungan itu bantuan berjumlah RM2.3 juta disalurkan ke Selangor, Johor (RM1.3 juta), Pahang (RM1.1 juta) dan Negeri Sembilan (RM439,380).

Nik Muhammad Zawawi seterusnya meminta penternak yang belum mendaftar dengan Jabatan Veterinar untuk berbuat demikian bagi memudahkan kementeriannya menyalurkan bantuan di bawah program bantuan banjir itu.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Perhimpunan baju hitam di ibu kota didalangi ahli politik, NGO disiasat polis
January 23, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
Elak keracunan makanan di Aidilfitri
April 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok